Siti Nurhaliza, SITISM, Dato Sri Siti Nurhaliza, Magis, Khairul Aming, TikTok Awards Malaysia 2023, Creator Of The Year 2023, TV3, HotFM,

Siti Nurhaliza Memukau Dengan 'Magis'.

Siti Nurhaliza mempersembahkan lagu 'Magis' yang memukau di TikTok Awards Malaysia 2023 baru ini. Lagu Magis adalah salah satu lagu yang terdapat didalam album SITISM. Elemen tradisional, moden, lenggok tari penari dan alunan suara Dato' Sri Siti Nurhaliza buat persembahan ini tampil mewah dan tersendiri. Menjadi pengubat rindu aku yang minat dengan semua koleksi lagu Siti Nurhaliza sejak album Jerat Percintaan.

TikTok Awards Malaysia 2023 merupakan acara yang pertama kali di adakan di Malaysia sebagai salah satu penghargaan buat content creator. Aku dan anak aku, Hud (darjah 3) juga terlibat secara tak langsung sebagai pengundi di TikTok sepanjang tempuh mengundi. Gigih tau Hud tekan butang vote untuk creator pilihan kami.

Creator Of The Year 2023

Siti Nurhaliza, SITISM, Dato Sri Siti Nurhaliza, Magis, Khairul Aming, TikTok Awards Malaysia 2023, Creator Of The Year 2023, TV3, HotFM,

Dan seperti yang telah dijangka melihat kepada peratus undi tertinggi, Khairul Aming (KA) telah dinobatkan sebagai Creator Of The Year 2023. Tahniah. Memang KA layak kerana orangnya seorang yang profesional, beradab dan berilmu. Video dan tips masakan perkongsiannya banyak memudahkan aku, mama, mommy, ummi, ibu dan kaum bapa. Terutama menu bersahur dan berbuka sepanjang bulan Ramadhan.

Antara resepi KA yang aku dah buat dan memang menjadi ialah agar-agar buah (resepi viral hingga ada pasaraya dah letak senarai buah dalam tin di rak khas untuk resepi agar-agar buah KA), coklat ala Royce, Tembikai Laici Sparkling, Lontong Kuah Lodeh, Chicken Alfredo Pasta dan banyak lagi gais.

BACA JUGA : Coklat Ala Royce Resepi Khairul Aming

Pemenang TikTok Awards Malaysia 2023

Banyak juga kategori yang TikTok Malaysia adakan untuk awards kali pertama ini. Dengan kerjasama bersama TV3, HONOR 90 5G (penaja utama), Foodpanda (penaja bersama), F&N Dairies (rakan penaja), U Mobile (rakan penaja), Hot FM dan Fly FM (rakan radio), SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham (rakan media). Dan tahniah buat semua yang menjadi pilihan orang ramai dan juri.

People's Choice Category

Creator Of The Year : Khairul Aming
Rising Star Of The Year : Ikhmal Nour
Popular Creator Of The Year : Ryan Bakery
Celebrity Of The Year : Aeril Zafrel
Popular Animation Account Of The Year : Upin & Ipin
LIVE Creator Of The Year : Tigerlabu
TikTok Shop Creator Of The Year : Anas Zahrin

Judge's Pick Category

Best Of Beauty & Fashion : Shahira Azlan
Best Of Education : Sir Asai
Best Of Entertainment : Eiqa Maleq
Best Of Foodie : Syifa Jamil
Best Of Gaming : Sultan Riq
Best Of Sport : Khalish

BACA JUGA : Lazer Jeragat

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama