Bila tekak tetiba rasa nak makan coklat dan nak sesuatu yang simple, lite dan premium terus aku teringat Chocolate ala Royce resepi Khairul Aming. Dia share video resepi tu dalam 30 Hari 30 Rasa masa bulan puasa baru ni. Lepas tengok resipi, esoknya aku terus pi beli bahan.
Nak buat pun tak susah. Tak perlu guna oven mahupun blender. Guna empat bahan je. Memang berkobarlah semangat aku nak buat. Aku buat pencuci mulut ni dalam bulan puasa. Hari ni baru teringat aku tak tulis resepi dalam blog. Rasa coklat sangat strong, pekat dan sangat sedap. Makan pula sejuk-sejuk dan coklat cair dalam mulut.
Chocolate Ala Royce By Khairul Aming
1 setengah cawan whipping cream
50gm unsalted butter
350gm bitter sweet coklat (Aku guna dark coklat dan pilih high kualiti coklat. Baru sedap.)
Serbuk koko powder untuk tabur atas Royce
CARA BUAT
First panaskan 1 setengah cawan whipping cream. Pastikan korang beli Whipping Cream ye. Bukan cooking cream, dairy whipping cream atau non-dairy whipping cream. Aku sendiri pun terkeliru seketika masa terpacak depan pelbagai jenis cream. Terus buka resepi KA nak pastikan cream yang mana satu.
Bila whipping cream dah panas masukkan 50gm unsalted butter. Kacau sampai butter cair. Dalam mangkuk lain, masukkan 350gm bitter sweet coklat. Korang nak pakai semi sweet boleh, dark coklat pun boleh asalkan kurang manis dan high kualiti coklat. Aku sendiri guna dark coklat sebab aku suka rasa coklat macam tu.
Campurkan adunan whipping cream yang panas ke dalam mangkuk coklat. Kacau sampai coklat cair. Nak tahu jadi ke tak, masa ni korang akan dapat adunan coklat yang sedikit pekat. Dan tak cair sangat. Boleh rujuk video masakan KA.
Ambil tray yang dah di alas dengan baking paper. Tuang coklat ke dalam tray. Ketuk sikit tray untuk keluarkan bubble dan sejukkan selama 4 ke 5 jam di dalam peti sejuk.
CARA POTONG
Bila coklat dah ready, keluarkan dan potong dalam bentuk kiub. Nak bagi cantik untuk tangkap gambar kenangan, korang jarakkan bagi ada ruang. Taburkan serbuk koko. Siap untuk di nikmati. Masa tulis artikel ni, terus rasa nak buat lagi Chocolate ala Royce. Nikmatnya makan sambil layan drama.
sedapnya nampakkkkk antar sini skit hehehhe
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!