Transformer Rise Of The Beast, review movie transformer, transformers, movie,

Transformers Rise of the Beasts : Rhinox, Cheetor, maximize!"

Bergema satu wayang bila Optimus Prime melaungkan ayat tersebut. Terus dengan aku sekali rasa terpanggil nak join bertempur. Kisahnya masa cuti sekolah baru ni, aku dan suami plan nak bawa Hud dan Yaya tonton movie sebagai salah satu agenda cuti sekolah. Tapi disebabkan cerita Transformers Rise of the Beasts lagi beberapa hari nak mula, kami sepakat tangguh tengok movie ke minggu berikutnya. Anak-anak setuju. Mak ayah lega. (Tak perlu keluarkan 2 kali baget untuk movie time!)

Kami pilih waktu tayangan pukul 10:30 pagi pada hari Sabtu, 10 Jun 2023. Kata orang, pergi awal tak kalut, parking kereta masih banyak yang kosong dan yang paling best dapat elak jem. Maklumlah baru 3 hari tayangan. Dah boleh bayangkan sesak ke tidak jika pilih waktu tayangan kemuncak.

Bumblebee 2018

'Bumblebee' 2018 adalah siri terakhir Transformers. Selepas tiga tahun menanti, aku pasti peminat Autobots mengharapkan siri kali ni best! Tak seperti filem sebelum Bumblebee 2018, jalan cerita tah apa-apa, makin merapu dan tak seronok dah aku nak tengok.

New movie, new vision. Itu yang pengarah Steven Caple Jr tampilkan untuk kolaborasi pertama kali bersama Transfomers. Cerita di mulakan dengan membawa penonton kembali ke tahun 1994. Vibes yang berjaya buat aku terimbau zaman aku muda remaja.

Watak Noah (Anthony Ramos)


Noah (Anthony Ramos) ex-military electronics expert bergelut mencari kerja untuk menanggung kos perubatan adiknya dan membantu kewangan keluarga. Temuduga demi temuduga dia hadir namun belum ada yang berjaya.

Atas desakan kewangan, masalah kesihatan adiknya dan hasutan kawan, Noah akhirnya bersetuju dengan rancangan gila Reek untuk mencuri dan jual kereta. Dan dari sini bermulalah episod perkenalan Noah dengan Mirage ( Autobot yang boleh bertukar menjadi Porsche)

Masa babak Noah masuk dalam kereta, terus aku terimbau detik Sam dengan Bumblebee dalam filem pertama Transformers (2007). Jujurnya aku hanya enjoy tengok Transformer 1 dan 2 sahaja. Masuk yang ke 3 bila watak Sam ditukar dengan pelakon lain, jalan cerita dah tak best. Dan rupanya apa yang aku rasa tu bukan aku sorang je rasa.

Adakah Transformers Rise of the Beasts mampu mengubat luka aku sekeluarga? Bagi aku ya. Kami mampu tonton sampai habis dengan rasa puas hati. Jalan cerita yang menarik.

Watak Noah dan Mirage buat kami tak sabar nak tahu apa jadi selepas ini. Dari janggal terus jadi sahabat yang rela berkorban. Eh. Korang tontonlah sendiri nanti. Tak best pula jika aku bikin spoil.

If you keep your eyes and ears open, life will show you all you need to know. -Elena

Transformers Rise of the Beasts, Rhinox, Cheetor, Transformers, Optimus Prime,

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama