Minyak zaitun al'ard, minyak zaitun palestin, minyak zaitun, minyak zaitun organik, limited edition, minyak zaitun first harvest, minyak zaitun premium, khasiat minyak zaitun, manfaat minyak zaitun, perkembangan bayi, awet muda, punca strok, lambat tidur, extra virgin olive oil, al'ard,

Minyak Zaitun Al'Ard "First Harvest" Premium Organic Extra Virgin ini adalah hasil tuaian buah dari pokok zaitun asli di Palestine jenis Nabali, Roomy dan Souri yang terletak di ladang Nablus tebing barat Palestin, berusia melebihi 500 tahun. Pemilihan buah zaitun terbaik yang dipetik setiap biji dengan tangan serta di proses pada hari yang sama bagi mendapatkan khasiat yang lebih tinggi untuk kesihatan. Mempunyai kandungan acidity yang rendah iaitu bawah 0.5%. 

Diproses mengikut standard & piawaian International Olive Council dan telah diiktiraf Organik & Fairtrade, Extra Virgin (perahan pertama) dan Cold Pressed. Minyak Zaitun FIRST HARVEST mengandungi 25 jenis khasiat Polyphenols, Antioksidan, Vitamin dan Mineral yang jauh lebih tinggi kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang disebutkan dibawah ini.

Mendapat Pengiktirafan Organik : EU ORGANIC Dan JAS ORGANIC (JAPANESE AGRICULTURE STANDARD).

JAS ORGANIC (JAPANESE AGRICULTURAL STANDARD) merupakan sebuah badan pengiktirafan organik terbaik di dunia. Dengan pengiktirafan ini, minyak zaitun Al Ard Palestine kini dijual di lebih 30 buah negara di seluruh dunia termasuk negara barat, timur tengah dan rantau asia termasuk Australia.

Keenakkan rasa minyak zaitun yang tersendiri ini menjadi kegemaran peminat minyak zaitun terutamanya dari negara timur tengah seperti Arab Saudi, Qatar, UAE, Kuwait dan banyak lagi.

Minyak Zaitun FIRST HARVEST Premium Organic Extra Virgin 

Didatangkan Dalam Edisi Dan Kuantiti Yang Terhad (LIMITED EDITION / LIMITED QUANTITY).

Jumlah yang dihasilkan bergantung kepada jumlah buah zaitun yang dapat dituai pada hari pertama musim tuaian 2022/2023. Buat pertama kali bagi musim ini, hanya sejumlah 9,999 botol minyak zaitun FIRST HARVEST Premium Organic Extra Virgin bersaiz 250ml yang dapat dihasilkan.

Bagi menghasilkan minyak zaitun berkualiti tinggi dan masih kekal berkhasiat, pihak pengeluar memastikan agar setiap botol melalui proses pembotolan secara Nitrogen Injection. Pembotolan secara Nitrogen Injection dan penggunaan botol kaca gelap kalis cahaya ultra ungu akan memastikan kandungan khasiat Antioksidan, Vitamin Dan Mineral minyak zaitun kekal sama seperti pada hari pertama ianya diproses.

Ini adalah proses pembotolan yang diwajibkan oleh Pihak International Olive Council (IOC) dalam memastikan agar pengguna mendapat produk berkuati tinggi dan masih kekal berkhasiat. Proses ini telah digunakan oleh Syarikat Al Ard sejak lebih 10 tahun lalu.

Kegunaan Minyak Zaitun Dalam Pelbagai Industri Dan Jenis Minyak Zaitun Yang Ada DiPasaran

Umum mengetahui khasiat dan manfaat minyak zaitun digunakan dalam pelbagai industri termasuk kosmetik, perubatan, masakan, pembuatan sabun, malah juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional. Walaupun minyak ini berasal dari Mediterranean, hari ini penggunaannya sudah meluas ke seluruh negara.

Apa-apa minyak zaitun yang diperakui sebagai “Extra Virgin” tidak terdedah kepada rawatan kimia atau haba, bermakna minyak telah ditekan sejuk dari buahnya. Ini meninggalkan minyak berkualiti tinggi yang lebih beraroma dan berwarna gelap.

Terdapat pelbagai citarasa dari EVOO kepada yang lain, dari herba dan buah hingga pahit dan pedas (peppery), bergantung kepada buah zaitun yang dituai. Oleh kerana minyak ini menonjolkan rasa buah zaitun, para petani dan pembuat minyak lebih berhati-hati dalam memilih zaitun yang terbaik untuk minyak ekstra.

Baca juga : Minyak Zaitun Untuk Awet Muda 

Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun termasuk yang berikut

Virgin olive oil: Ia digunakan untuk memasak dengan kandungan asid yang lebih rendah.
Extra virgin olive oil: Ini adalah yang lebih baik dan dibuat dengan tekanan sejuk (cold pressing) buah zaitun.
Pure olive oil: Jenis ini adalah gabungan minyak bertapis dan tulen. Ia mengandungi kandungan berasid yang lebih tinggi.
Lampante oil: Ia digunakan sebagai bahan bakar dan tidak disyorkan untuk tujuan memasak.

Cara Penggunaan Minyak Zaitun

1. Minum Secara Terus
Minum satu sudu makan setiap hari, sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur malam ketika perut kosong. Elakkan dari minum air selama 3 minit selepas meminum minyak zaitun.

2. Campurkan Bersama Makanan
Minyak Zaitun juga boleh dimakan/ dicicah dengan roti, boleh juga dicampur dengan Zaatar, cuka kurma atau cuka anggur untuk menambah rasa.

3. Sebagai Bahan Masakan
Campurkan 2 sudu besar minyak zaitun ke dalam semua jenis makanan seperti kari, sup, masak lemak, masak kicap, sayur, sambal dan juga makanan bergoreng seperti nasi goreng, sayur campur stir fry, mee, bihun, telur, ikan goreng, ayam goreng dan lain-lain demi kesihatan seisi sekeluarga.

4. Sebagai Sapuan Dan Untuk Kegunaan Luar
Sapukan minyak zaitun pada kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan untuk menghilangkan kesan parut, kekeringan kulit, masalah eczema, radang kulit, masalah sendi, lutut, serta melebat dan menghitamkan rambut.

Minyak zaitun al'ard, minyak zaitun premium, minyal zaitun, minyak zaitun organik, khasiat minyak zaitun, manfaat minyak zaitun, minyak zaitun palestine, minyak zaitun asli, minyak zaitun untuk jantung, kebaikkan minyak zaitun, amalan minum minyak zaitun, minyak zaitun menurut islam

10 Kebaikkan Mengapa Minyak Zaitun Perlu Dijadikan Sebagai Amalan Pemakanan Harian.


1. Membantu Penurunan Berat Badan
Minyak zaitun kaya dengan asid lemak yang baik. Asid oleik memberikan rasa kenyang dan menggalakkan rasa kenyang. Pengambilan minyak zaitun yang kerap dapat meningkatkan tahap antioksidan dalam darah serta dapat menurunkan berat badan dengan ketara.

Caranya. Campurkan minyak zaitun bersama salad sewaktu sarapan pagi.

2. Membantu Meningkatkan Kesihatan Mental
Statistik golongan lelaki dan perempuan mengalami masalah mental atau psikologi sangat tinggi dan kian meningkat. Pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil) secara konsisten membantu mengurangkan masalah depresi dan menolong meningkatkan kesihatan mental.

3. Melancarkan Sistem Usus
Minyak zaitun dapat melincirkan lapisan usus. Kerana terdapat bahan aktif di dalamnya yang berfungsi sebagai ubat untuk rawat sembelit.
Ini buatkan makanan mudah melalui usus besar. Masalah sembelit berlaku disebabkan sistem usus yang bergerak lambat.

Vitamin K, vitamin E, omega 3, antioksidan, dan asid lemak (fatty acid) yang terkandung dalam minyak zaitun dapat rangsang penguncupan usus. Apabila semakin besar penguncupannya, feses (sisa pencernaan dari zat-zat yang tidak lagi berguna bagi tubuh) yang tersumbat di bahagian usus akan lebih mudah ditolak ke dubur. Dan dikeluarkan dari tubuh dengan mudah.

4. Membantu Awet Muda
Setiap makanan yang tinggi kandungan antioksidan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Sama seperti Vitamin E, antioksidan juga boleh melambatkan proses penuaan kulit kerana minyak zaitun mempunyai vitamin A, D, K dan E. Vitamin yang diperlukan kulit selain kurangi stres oksidatif. Punca mempercepat proses penuaan pada kulit.

Caranya. Amalkan minum sesudu besar minyak zaitun setiap pagi.

5. Sebagai Masker Wajah
Minyak Zaitun boleh digunakan sebagai masker. Namun ianya tak sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Caranya. Sapukan sedikit minyak zaitun extra virgin pada kulit muka.

Atau campurkan 1 sudu minyak zaitun dan 1 sudu kecil madu.
Sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit.
Bilas dengan air suam dan keringkan kulit muka.

6. Manfaat Kesihatan Jantung
Minyak zaitun sudah lama diakui sebagai lemak yang menyihatkan jantung. Asid oleik adalah satu komponen yang memainkan peranan dalam penyokong kesihatan jantung. Kandungan tinggi asid oleik dalam minyak zaitun juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ianya mampu lindungi jantung dari penyakit kolesterol jenis LDL. Iaitu saluran darah dalam jantung tersumbat. Untuk elakkan salur darah tersumbat. Penggunaan minyak zaitun dalam menu makanan harian adalah digalakkan.

7. Kuatkan Sistem Imun
Kandungan Vitamin A, C dan E dalam minyak zaitun. Mampu neutralkan proses metabolik. Sekaligus galakkan peningkatan imuniti dalam badan.

Caranya. Ambil sesudu madu, setengah sudu Minyak Zaitun. Campurkan dalam segelas air suam. Minum setiap malam.

8. Membantu Perkembangan Bayi
Minyak zaitun sangat tinggi kandungan vitamin A. Yang mampu memperkuat sistem imunisasi badan ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan.

Dengan mengamalkan makanan tinggi vitamin A seperti minyak zaitun, dapat menjaga dan melindungi ibu hamil dan bayi dalam kandungan daripada jangkitan dan penyakit.

Selain itu, dapat kurangkan risiko keletihan, loya dan muntah-muntah. Vitamin A juga bantu perkembangan janin dalam kandungan. Terutama bahagian mata, selain berupaya cegah kecacatan. InsyaAllah.

9. Membantu Menguatkan Tulang
Dalam kajian libatkan lelaki yang amalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap 'osteocalcin' lebih tinggi. Yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat. Kandungan polyphenols di dalam minyak zaitun berikan kelebihan terhadap tulang.

10. Mencegah Stroke
Strok berpunca daripada
• hipertensi (tekanan darah tinggi)
• Pengambilan makan tidak sihat
• tabiat merokok
• gaya hidup tidak cukup rehat/tidur

Penyakit strok boleh menyebabkan pesakit alami serangan dan kesan yang serius sekiranya tidak dicegah atau dirawat. Jadi, penting untuk awasi kadar tekanan darah dan kolesterol dalam badan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).

Dapatkan Minyak Zaitun Al'Ard Limited Edition 'FIRST HARVEST' PREMIUM ORGANIC Anda Di


4 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Banyak khasiat amalkan minyak zaitun ni, yanie suka yang extra virgin punya

    BalasPadam
  2. Kita sama laa.. eyqa pun amalkan olive oil jenama Al'Ard nie. Pilihan terbaik!

    BalasPadam
  3. Tq Kak eiza banyak kongsi info Minyak zaitun al ard ni. Teruja kita membacanya ..

    BalasPadam
  4. banyak manfaat rupanya minyak zaitun first harvest ni, berbeza dengan minyak zaitun lain yer

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama