Lirik lagu sedih hati Malique feat Mona Fendy, lagu sedih hati Malique Zizi Kirana Cover, lagu sedih hati,

Lirik Lagu Sedih Hati - Malique feat Mona Fendy | Aku mula tertarik nak dengar lagu ni bila terpandang poster latar belakang berwarna hitam, seorang wanita raut wajah sedih berselendang merah, pegang satu jar kecil berisi darah (mungkin). Aku pun terus dengar sampai habis lagu tu di TikTok. 

Tema kritikal sosial Malique 'makan dalam' sungguh kali ini. Bahasa sastera, puitis dan lirik yang mempunyai lebih dari satu makna, tepat menusuk buat yang termakan cili. Mesej tersirat dengan situasi terkini yang sedang netizen hadap. Permulaan lagu, Malique menggunakan sampling lagu Ratapan Anak (1987) yang dinyanyikan oleh Mona Fandey.

Zizi Kirana pun cover lagu Sedih Hati ni. Aku ada sertakan link lagu di akhir artikel ini. Korang klik dan hayati setiap lirik yang punya mesej tersirat. Best.

LIRIK LAGU SEDIH HATI - MALIQUE feat MONA FENDY

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan

Kritikal, deteriorasi mental
Fizikal, diragut reaksi dangkal
Tipikal egotistikal
Dasar dajal hipokritikal

Diari apokaliptikal
Dari diarea politikal
Di ganti lampin sambung
Ratah mana praktikal
Teatrikal, balada farmaseutikal
Dek badut-badut bangku muzikal

Yang kemaruk menagih puji
Bertanding suci, kita meratap menangis mengemis ruji
Atap diranap gergasi geng beruk buli
Minta dikembalikan asasi jenuh dibuli

Moga segera berakhir gawat (Amin)
Semoga semua derita dirawat (Amin)
Yang istiqamah semoga dirahmat (Amin)
Yang ruwaibidhah semoga dilaknat (Amin)

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan

Apa rasanya gah dirumah agam
Apa rasanya lena tidur malam
Apa rasanya hidup diampu khadam
Apa rasa jamu darah daging resepi haram

Apa rasa fantasi jadi dewa
Annukaki kebal istimewa huh
Kakistokrasi duta Neraka
Baka derhaka punca malapetaka

Ketawakan yang mati
Persendakan yang parah
Yang lumpuh dipenjara
Diseksa diseranah
Yang maling alim dan zalim
Pak pandir mendominasi

Serebrum di patella tular sensasi
Apa rasa Roh tanpa empati
Korup minda dan hati
Tanggungjawab dinafi

Salahkan propaganda
Persalahkan konspirasi
Persalahkan segalanya
Kecuali pekung sendiri

Maaf tuan hamba kebuntuan
Kala tuan di angkasa bercumbuan
Salam dari warga kemurungan
Moga ditulah Tuan seketurunan

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan

Ambil darah ramu racun
Sudah ludahkan jamu diadun
Satu satu gugur terkubur
Pupus yang zalim tinggal yang luhur

Rasis, fasis, narsisis, fasik
Bergayut di sarkis si spastik fantastik
Kuasa bergayut di tali halimunan
Tunggu sihirnya dicabut nantikan haribulan

Mobilisasi, mulakan draf
Fisabilillahi, rapatkan saf
Hingga ke hari dieleminasi
Inalillahi khalif khilaf

Kiri dan kanan
Tembok batu biasa - biasakan
Namanya karma, namanya tulah
Nah kau rasakan

Sedih hati tak terkira
Melihat kawan gembira
Berilah daku harapan
Mengharungi masa depan


KLIK LINK : Lirik Lagu Sedih Hati - Malique feat Mona Fendy

Lirik lagu, lirik lagu sedih hati Malique Feat Mona Fendy, lirik lagu sedih, malique, zizi kirana

KLIK LINK : Lagu Sedih - Malique ( Zizi Kirana Cover)

Moga segera berakhir gawat (Amin)
Semoga semua derita dirawat (Amin)
Yang istiqamah semoga dirahmat (Amin)
Yang ruwaibidhah semoga dilaknat (Amin)

 

serebrum di patella = Otak di lutut

Maksud Ruwaibidhah 

Antara yang dapat diambil kesimpulannya daripada hadith ini ialah :

Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai al-Ruwaibidah.

Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.

BACA JUGA : Maksud Ruwaibidhah di dalam hadis Nabi SAW.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama