Surah al-fatihah, al-fatihah dan terjemahan, al-fatihah rumi, al-fatihah jawi, kelebihan surah al-fatihah,


Surah al-fatihah, surah al-fatihah rumi, surah al-fatihah jawi, surah al-fatihah terjemahan, kelebihan surah al-fatihah, surah al-fatihah dan khasiat, keistimewaan surah al-fatihah,

Surah Al-Fatihah bacaan rumi dan jawi berserta terjemahan. 

Surah al-Fatihah (Raja Surah) diturunkan di Mekah dan Madinah. Riwayat mengatakan bahawa ia diturunkan sebanyak dua kali. Ia adalah surah yang teragung di dalam Al-Qur’an.

Ummul Kitab

Keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an secara ringkas berada di dalam surah al-Fatihah ini. Kerana itulah ia dinamakan Ummul Qur’an. Maksud/Dakwa surah al-Fatihah ini terdapat di dalam ayat: إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. Melalui sebuah Hadith Qudsi, ringkasnya ayat-ayat di dalam keseluruhan al-Fatihah ini adalah:

Ayat 1 – 3: Pujian-pujian kepada Allah ﷻ.
Ayat 4: Antara kita dengan Allah ﷻ
Ayat 5 – 7: Untuk kita sahaja.

Surah ini dinamakan al-Fatihah kerana ia adalah pembukaan kitab secara tertulis. Dengan al-Fatihah itu juga dibukakan bacaan di dalam solat. Ia juga disebut Ummul Kitab, As-Sab’ul Mathani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan Al-Qur-anul Azhim.

Ia juga dipanggil dengan sebutan al-Hamdu kerana Nabi ﷺ ada meriwayatkan firman Allah ‎ﷻ dalam Hadith Qudsi: “Aku membahagikan solat antara diri-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian. Jika seorang hamba mengucapkan: ‘Alhamdulillahi rabbil alamin, maka Allah ‎ﷻ berfirman; Aku telah dipuji oleh hamba-Ku.”

As-Solah

Surah ini juga dipanggil As-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat. Solat mempunyai rukun-rukunnya yang tersendiri yang antaranya merangkumi rukun fi’li (perbuatan), rukun qauli (ucapan) dan rukun qalbi (hati). Membaca al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun qauli yang wajib dibaca dalam solat, selain bacaan tasyahhud dan selawat ke atas Nabi SAW. Manakala bacaan-bacaan lain adalah sunat.

Solat tidak sah jika tidak membaca surah al-Fatihah. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Maksudnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.”
Riwayat al-Bukhari (756) dan Muslim (900)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَهْىَ خِدَاجٌ. يَقُولُهَا ثَلاَثًا

Maksudnya: “Barangsiapa yang melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” Perkataan ini diulang sehingga tiga kali.
Riwayat Muslim (907)

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Membaca al-Fatihah bagi yang mampu untuk membacanya merupakan kefarduan dan rukun yang mana tidak diterjemahkan kepada bahasa selain dari bahasa Arab dan juga tidak boleh diganti dengan bacaan yang lain daripada al-Quran. Ianya juga wajib dibaca pada kesemua solat sama ada solat fardu mahupun solat sunat.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/283)

Jika seseorang terlupa membaca al-Fatihah, kewajipan tersebut tidak tergugur daripadanya. Pandangan ini adalah kesepakatan yang telah disebut oleh jumhur ulama yang mazhab Syafie. Inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam al-Majmuk. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/288)

Rukun qauli ada lima iaitu


1. Takbiratul ihram
2. Bacaan Surah al-Fatihah
3. Bacaan tasyahhud akhir
4. Selawat ke atas Nabi Muhammad pada tasyahhud akhir
5. Salam.

Asy-Syifa'

Ia juga disebut dengan nama Asy-Syifa’ kerana ada diriwayatkan satu hadith: “Fatihatul kitab itu merupakan syifa’ (penyembuh) dari setiap racun.”

Ia juga disebut ar-Ruqyah kerana ada satu hadith yang meriwayatkan sahabat telah menjampi (ruqyah) seseorang yang terkena sengatan, maka Nabi ﷺ bersabda: “Dari mana engkau mengetahui bahawa al-Fatihah itu adalah ruqyah?”

Imam al-Nawawi berkata: Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi SAW:

وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟

Maksudnya: Tidakkah kamu ketahui bahawa surah al-Fatihah bersifat ruqyah.
Riwayat al-Bukhari (5736) dan Muslim (2201)

Kelebihan surah al-Fatihah 


Dapat dirujuk kepada peristiwa bagaimana seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Sa’id al-Khudri R.A yang telah menjampi seorang ketua kabilah yang terkena sengatan binatang berbisa. Beliau membaca al-Fatihah untuk merawat dan dengan izin Allah SWT, ketua kabilah itu sembuh seperti sediakala. Kisah tersebut dirakamkan melalui hadith berikut:

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A:
Maksudnya: “Sesungguhnya beberapa orang daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut.

Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: “Adakah ada antara kamu yang boleh menjampi? Ini kerana penghulu kampung kami terkena sengat.” Salah seorang dari para sahabat menjawab: “Ya, ada.” Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah.

Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: “Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SAW,” beliau pun pulang menemui Nabi SAW dan menyatakan pengalaman tersebut. 

Beliau berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah.” “Bagaimana engkau tahu bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi?” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”
Riwayat Muslim (5863)

RUJUKAN 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Celik Tafsir

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama