Salam Jumaat, Jumaat Penghulu Segala Hari, Islam, Keistimewaan Hari Jumaat, Ucapan Salam Jumaat, Agama,

Salam Jumaat ini antara ucapan yang biasa kita jumpa setiap kali tiba hari Jumaat. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia di sisi umat Islam. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan yang ada padanya. Aku share salah satu di antaranya,

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.”
[Riwayat Muslim (233)]

Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan.

Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan. [Lihat: al-Minhaj, 3/113]

BACA JUGA: Kedudukan Imam dan Makmun Ketika Solat Jemaah Di Rumah.

Antara keistimewaan hari Jumaat bagi umat Islam.


• Hari Jumaat adalah hari raya kecil bagi umat Islam, di mana mereka berkumpul untuk solat Jumaat dan mendengar khutbah.

• Amalan ibadah pada hari Jumaat memiliki nilai pahala yang besar, dan doa-doa pada hari ini dikabulkan oleh Allah.

• Hari Jumaat adalah hari di mana Nabi Adam diciptakan, masuknya Nabi Adam ke dalam surga, serta keluar masuknya Nabi Muhammad ke kota Madinah.

• Semasa solat Jumaat, Allah memberikan rahmat dan ampunan-Nya kepada umat Islam.

• Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunnah pada hari Jumaat sebagai bentuk penghormatan terhadap hari tersebut.

Salam Jumaat, Jumaat Penghulu Segala Hari, Islam, Keistimewaan Hari Jumaat, Ucapan Salam Jumaat, Agama,

10 ucapan salam Jumaat 

Berserta keistimewaan hari Jumaat bagi umat Islam:

• "Selamat Hari Jumaat! Semoga kita sentiasa mendapat berkat dan rahmat dari Allah."

• "Jumaat yang penuh barakah kepada anda. Semoga kita semua diberkati dalam segala urusan."

• "Jumaat yang penuh keberkatan. Semoga amalan kita diterima oleh Allah."

• "Semoga hari Jumaat ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga."

• "Jumaat adalah hari istimewa. Semoga Allah merahmati kita semua."

• "Selamat menjalani ibadah Jumaat. Semoga segala doa dan harapan dipermudahkan."

• "Hari Jumaat adalah waktu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selamat beribadah."

• "Jumaat adalah saat untuk merenung dan memperbaiki diri. Semoga kita menjadi lebih baik dari sebelumnya."

• "Jumaat yang penuh berkah. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk-Nya."

• "Selamat Hari Jumaat. Semoga hati kita sentiasa diisi dengan ketenangan dan keimanan."

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

RUJUKAN : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama