Cuti Sekolah Penggal ke 2 Sesi 2023/2024
Bila aku rujuk takwim sekolah 2023, rupanya lagi beberapa hari nak cuti sekolah penggal ke 2 untuk sesi 2023/2024. Untuk KUMPULAN B, sekolah di Pulau Pinang akan mula bercuti pada 26 Ogos 2023 hingga 3 September 2023. Hud adalah manusia yang paling gembira dan tersenyum lebar bila aku khabarkan info yang aku tertengok secara tak sengaja di kalendar.
Bukan sebab dia malas ke sekolah tapi boleh bangun lambat katanya. Sebagai makluman, untuk tahun ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan sesi persekolahan 2023 bermula lewat seminggu dari tarikh asal (3 Mac) iaitu pada 19/20 Mac kerana memahami kesukaran pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang terlibat dengan banjir dan demi kelancaran sepanjang tempoh SPM berlangsung.
Senarai Negeri Kumpulan A dan B
Nak senang ingat negeri mana kumpulan A dan negeri mana kumpulan B, aku guna sistem hari Jumaat sekolah cuti ke tak.
Kumpulan A : Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
Kumpulan B : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Takwim Sekolah 2023/2024 & Cuti Perayaan
Negeri kumpulan A yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Penggal 1
Cuti Pertengahan Penggal 1 (9 hari) 21 April - 29 April 2023
Cuti Penggal 1 (9 hari) 26 Mei - 3 Jun 2023
Penggal 2
Cuti Penggal 2 (9 hari) 25 Ogos - 2 September 2023
Penggal 3
Cuti Penggal 3 (18 hari) 15 Disember 2023 - 1 Januari 2024
Cuti Akhir Persekolahan (30 hari) 9 Febuari - 9 Mac 2024
Negeri Kumpulan B yang terlibat adalah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Penggal 1
Cuti Pertengahan Penggal 1 (9 hari) 22 April - 30 April 2023
Cuti Penggal 1 (9 hari) 27 Mei - 4 Jun 2023
Penggal 2
Cuti Penggal 2 (9 hari) 26 Ogos - 3 September 2023
Penggal 3
Cuti Penggal 3 (17 hari) 16 Disember 2023 - 1 Januari 2024
Cuti Akhir Persekolahan (30 hari) 10 Febuari - 10 Mac 2024
BACA JUGA : Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!