Bermain game online percuma 'Money Game' di Mortgage CalculatorTahukah anda, terdapat beberapa game online atau permainan dalam talian yang direka khas untuk mengajar kanak-kanak tentang 'money game' (kewangan) secara santai, mudah dan mengembirakan. Sekali sekala lari dari rutin biasa belajar mengira, tambah dan tolak mampu menarik minat anak terhadap matematik dan kewangan.
Bermain game online dengan kawalan ibubapa adalah salah satu cara untuk memantau aktiviti dan masa yang anak habiskan semasa permainan. Anak tidak leka. Ibubapa tak risau. 'Money Game' di Mortgage Calculator ada pelbagai Financial Video Game untuk kanak-kanak. mak bapa kanak-kanak pun seronok bermain secara percuma tanpa perlu download.
Ada pelbagai kategori game untuk dipilih mengikut kesukaan dan minat.
Antaranya ialah Real Estate Games, Money Games, Cryptocurrency Games, Farming Simulation Games, Grocery Store Games, Restaurant Simulation Games, Business Simulation Games, Software Development Games, Office Politics Games, Environmental Games dan Other Fun Games.
Dalam banyak-banyak game yang ada, aku dan Hud sepakat nak cuba kategori Money Game dan kami pilih Cashier Simulator. Pengalaman pertama Hud sebagai juruwang dan perlu menggunakan cash register di grocery store. Game ni ada 160 stages.
Lihat harga barang dan tekan nombor yang betul di cash register mesin. Jika barang yang di beli lebih dari 1, Hud perlu menekan X mengikut jumlah barang yang dibeli. "Eh, ni macam kali-kali (darab) kan mama." teruja Hud melihat kegunaan darab dalam kerjaya sebagai juruwang. Ketika nak bayar, ada pelanggan yang gunakan tunai dan ada yang gunakan debit kad atau kredit kad.
Aku suka bila bayaran melibatkan tunai. Hud terpaksa mengira jumlah duit kertas dan syiling sebelum menekan jumlah yang betul. Selagi tidak betul, urusniaga tidak dapat diselesaikan. Siap bunyi tettt tettt tanda salah. Bunyi mesin cash register terbuka, duit kertas dan syiling pun berbunyi semasa proses memulangkan baki wang dengan jumlah yang betul. Bunyi resit sedang di cetak dan resit di koyak memberi satu tanda kejayaan urusan kira-kira Hud berjaya. Seronok dia dapat ke next level.
Tamat masa permainan Hud, tiba pula masa mak Hud untuk bermain Restaurant Simulation Games. Aku pilih Burger Shop. Tugas aku masak burger mengikut bahan pesanan pelanggan. Ada yang nak burger cheese. Ada yang nak double patty. Ada yang nak burger sayur dan orange juice. Silap letak bahan, kena buat semula. Pelanggan marah bila lama menunggu pesanan. Perlu fokus stok bahan apa yang perlu di tambah supaya proses siapkan order cepat dan customer happy dapat meal idaman.
Jika ingin mendapat manfaat dari bermain video game, kita perlu menetapkan satu had masa. Jika terlalu lama bermain video game, ia tidak bagus untuk kesihatan mata dan sebagainya. Perlu pandai mengawal diri dan ingat, aktiviti ini sekadar hobi untuk memperbaiki diri. Bukannya sesuatu yang memberi tekanan dan melemahkan diri.
macam best je... nak try la nanti.
BalasPadamSaya suka main game dalam website ni..hehee..syok!
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!