Tudung Bawal, Shawl, SofeaRose, Maya Karin, Tun Fatimah, Hari Merdeka, Premium Cotton Voile, Warisan Melayu Lama, Kipas Tangan Tradisional, Premium Korean Chiffon, Totebag, Rumah Melayu Lama

Tudung Bawal dan Shawl SofeaRose x Maya Karin : siri Srikandi Tun Fatimah sempena Hari Merdeka yang ke 66  

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 66 tak lama lagi, jenama tudung SofeaRose dan aktres terkenal Maya Karin telah berkolaborasi untuk siri Tun Fatimah. Kempen bertujuan untuk memartabatkan lagenda pahlawan wanita Tun Fatimah dan warisan tradisional Melayu.

TEMA 'DUA ZAMAN SATU JIWA.'

Buat julungkalinya perjuangan Tun Fatimah diraikan untuk menghargai perjuangan dan kebolehan pahlawan wanita ini setaraf dengan pahlawan lelaki. Maya Karin sering membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu.

Keris, corak batik, kipas tangan dan lakaran abstrak menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan.

Koleksi Merdeka, Srikandi Tun Fatimah menampilkan 3 koleksi tudung bercorak, 1 tudung sulam dan 3 beg jinjing (tote bag).


Tudung Bawal, Shawl, SofeaRose, Maya Karin, Tun Fatimah, Hari Merdeka, Premium Cotton Voile, Warisan Melayu Lama, Kipas Tangan Tradisional, Premium Korean Chiffon, Totebag, Rumah Melayu Lama

CARISSA MAGIKA
• Tudung jenis bawal
• Material - Premium Cotton Voile
• Terdapat dalam 2 saiz - bidang 45 & 48
• Mempunyai elemen tradisional keris sebagai motif utama yang melambangkan kepahlawanan wanita, Tun Fatimah.

Tudung Bawal, Shawl, SofeaRose, Maya Karin, Tun Fatimah, Hari Merdeka, Premium Cotton Voile, Warisan Melayu Lama, Kipas Tangan Tradisional, Premium Korean Chiffon, Totebag, Rumah Melayu Lama

DURRA SEROJA
• Tudung jenis bawal dan shawl
• Material - Premium Dobby Chiffon
• Terdapat dalam 2 saiz : Bawal - bidang 45 & 48 / Selendang - 1.8m & 2m
• Mempunyai seni rekaan batik yang merupakan seni warisan melayu lama

Tudung Bawal, Shawl, SofeaRose, Maya Karin, Tun Fatimah, Hari Merdeka, Premium Cotton Voile, Warisan Melayu Lama, Kipas Tangan Tradisional, Premium Korean Chiffon, Totebag, Rumah Melayu Lama

LANEEYA MESTIKA
• Tudung jenis bawal dan shawl
• Material - Tyara Satin CSilk
• Terdapat dalam 2 saiz : Bawal - bidang 45 & 48 / Selendang - 1.8m & 2m
• Rekaan bermotifkan kipas tangan tradisional


Tudung Bawal, Shawl, SofeaRose, Maya Karin, Tun Fatimah, Hari Merdeka, Premium Cotton Voile, Warisan Melayu Lama, Kipas Tangan Tradisional, Premium Korean Chiffon, Totebag, Rumah Melayu Lama

SRIKANDI SULAM
• Tudung jenis bawal dan shawl
• Material - Premium Korean Chiffon
• Terdapat dalam 2 saiz : Bawal - bidang 45 & 48 / Selendang - 1.8m & 2m
• Sulaman diinspirasikan dari corak senibina rumah Melayu lama


THE ICONIC TUN FATIMAH TOTEBAG
Diperbuat dengan fabrik tahan lasak dan lapisan kalis air. Terdapat dalam 3 warna pilihan.
MATERIAL: Kanvas Kapas Tenun
UKURAN: 15.5 inci x 5.5 inci x 13 inci

Tudung Bawal, Shawl, SofeaRose, Maya Karin, Tun Fatimah, Hari Merdeka, Premium Cotton Voile, Warisan Melayu Lama, Kipas Tangan Tradisional, Premium Korean Chiffon, Totebag, Rumah Melayu Lama

Hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal kualiti. Ini menjadikan SofeaRose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.

“Kami dengan rasa teruja ingin mengimbau kembali nama tokoh unggul, Tun Fatimah pada bibir-bibir pewaris tanah melayu bagi menghargai jasa Tun Fatimah yang amat berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu. Kami berharap lebih ramai pihak akan mengambil bahagian dalam mengekspresikan kisah tokoh-tokoh terdahulu.”

 kata Farrah Aina, Pengarah Kreatif SofeaRose.

Koleksi edisi terhad ini diharapkan dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni, dan semua rakyat Malaysia untuk meraikan semangat dan kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia.

SofeaRose HQ
18-25, Plaza Azalea,
Persiaran Bandar Raya,
Seksyen 14, 40000,
Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5524 4071


SIAPAKAH TUN FATIMAH


Seorang puteri yang mempunyai sosok berkarisma dengan ilmu pertahanan diri penuh di dada dan bijak dari aspek kepimpinan, beliau adalah Tun Fatimah. Tun Fatimah adalah seorang serikandi Melayu Melaka yang terkenal dan merupakan anakanda perempuan kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (setaraf Perdana menteri). Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ialah anak Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu.

Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka terakhir) selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri. Tun Fatimah sudah pun berkahwin dengan Tun Ali apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya.

Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah memerintahkan hukuman bunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah kekandanya Tun Tahir, Tun Hasan dan ayahandanya Bendahara Tun Mutahir serta suaminya Tun Ali.

Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri Tun Kudu.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama