Biasanya aku rebus dahulu daging untuk lembutkan. Bila dah lembut barulah masak menu pilihan iaitu rendang daging ke, gulai atau kari daging ke, daging masak hitam ke ataupun kerutuk daging. Nak makan pun happy je bila daging lembut elok.
Selain potong daging ikut urat, bab merebus daging pun penting. Ada yang letak sudu dan pelbagai tips agar daging lembut elok. Boleh hilang selera tau bila tergigit daging jenis kunyah 40 kali.
Tips kali ni aku terbaca di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Terima kasih to Cikgu Ida. Nanti aku nak cuba cara ni pula.
CARA LEMBUTKAN DAGING BY CIKGU IDA
Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group masak apa tak jadi. Moga manfaat untuk yang pening fikir cara nak lembutkan daging.
Cara cikgu ida nak lembutkan daging.
Selalu org rebuskan?
Tapi cikgu tak rebus.
Caranya :
1. Masukkan 2 sudu minyak dan biarkan minyak panas.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tu.
4. Cikgu gunakan api yang kuat.
5. Kacau sekali sekala daging. Masak sampai air kering.
6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.
Bila air dah kering maka lembutlah daging tu.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan simple je.
Senangkan nak daging lembut?
Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi.
Selamat mencuba petua yang mudah dari cikgu ida.
Link asal : https://bit.ly/2z1U6tG
terima kasih share kak. kalau org dulu petua boh sudu lah, daun pokok mangga lah, macam2
BalasPadamBaru tahu ada yang letak daun pokok mangga.
BalasPadamGood tips 👍
BalasPadamJemput join segmen kalau belum k ☺️
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
biasa rebus daging dlu nk bg lembut..yg letak sudu pernah dgr tp tk pernh cuba...yg ltk minyak ni 1st time dgr
BalasPadamBagus info ni. Macam saya nak lembutkan daging....saya guna high pressure cooker. Ada yang kata masukkan daun apa (tak ingat) dalam air rebusan daging.
BalasPadamooo okay faham. lepas ni nak cuba. terima kasih share
BalasPadamBagus tips Cikgu Ida nie. Boley guna kan utk buat rendang for raya. Thank you for sharing.
BalasPadamBagus lah tips ni. Thanks for sharing.
BalasPadamUiks..semudah ABC . Nanti Sal nak try la. Jenuh gak sebelum ni nak lembutkan daging. Tapi bila dah lembut, ralit layan..heheheh
BalasPadamTahu potong daging lawan arah urat?.. macam-macam petua boleh diikut. Mak liez selalu rebus dengan sudu besi.. asa masa ok jadi, ada masa tak juga..
BalasPadamWah!!! Bagus info ni... bolehlah digunakan masa nak masak resipi berasaskan daging nanti... saya ni allergic daging, jadi, kalau masak pun saya tak boleh nak rasa dan bayangkan samada ia dah empuk atau tidak... hehehehe... dengan adanya tips ni, insyaAllah, memudahkan lagi proses nak memasak..
BalasPadamOoo guna api kuat erk.. Takut terhangus pulak.. Hahaha.. Tapi boleh cuba. Lagi sennag. .Ikut pun mana2 janji daging lembut.. Hehehe..
BalasPadamApi kuat kena jaga dan kacau sekali sekala. Jangan biarkan dia sendirian. Hangus juga dia. Ha ha ha...
PadamOoo baru ku tahu...tapi sejak ada noxxa, mudah kerja Sis...ni petua boleh guna pakai nanti kotlah nixxa rosak hehehe
BalasPadamSedapnyaaa nampak rendang tu. time raya huda suka rendam ayam,
BalasPadammaaf nak tanya kalau api kuat tu tak hangit ke ? selalu memang rebus dengan air rupanya macam style goreng goreng - sangai ke nak kasi lembut daging.. nak cuba lah sebab kita ada beli daging untuk raya ni heee
BalasPadamKena jaga. Jangan biarkan dia sendirian. Jangan sampai hangit. 😉
PadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!