Resipi Roti Puri Tanpa Yis.


Yis takde! Bertenang. Tanpa yis pun korang boleh buat Roti Puri yang cantik lagi sedap. Kredit kepada puan Pavithra atau nama Youtube dia Sugu Pavithra untuk resipi yang mudah lagi sedap.

Dalam bulan puasa ni, dah 2 kali aku buat roti puri sebagai juadah berbuka puasa. Kali pertama buat, cicah dengan kari daging. Kali ke dua buat, makan dengan sambal sardin kentang.😋 

Laju je anak-anak makan. Encik suami pun puji, sedap. Dia tak perlu lepak mamak dah lepas ni.😁 

ROTI PURI TANPA YIS 

3 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin/planta
1 biji telur
Sedikit garam
Air 

Dalam bekas besar... masukkan 3 cawan tepung, garam, telur dan marjerin/planta. Gaul sebati sehingga jadi serdak. 

Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tak melekat di tangan dan bekas. 

Uli 10 - 15 minit lagi untuk lembutkan doh. Sambil uli aku layan tonton Pung Pang Rizalman. Seronok tengok gelagat beliau dan artis jemputan. Banyak juga tips masakan yang aku dapat. 😉

Buat bebola kecil supaya senang nak canai nanti. Canai jangan nipis atau tebal sangat. 

Goreng di dalam minyak panas. Sambil goreng korang siram atas doh supaya roti naik kembung cantik. Tapi adakalanya dia tak nak jadi kembung. Takpe. Sedap juga di makan. 

Korang nak makan macam tu saja pun boleh. Hud makan tanpa cicah. Berkeping dia habiskan. Selamat mencuba tau. 


Ulasan

  1. masa awak PKP aritu tgk ramai buat roti puri..ada juga tgk org share resepi tanpa guna yis...tk pernh mkn roti puri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trylah makan. Sedap tau. Tapi kuatkan iman. Boleh berkeping perginya.

      Padam
  2. mudahnya! Nanti boleh la cuba ni. Sedap ni kalau makan dengan kari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tau Fatin. Memang mudah nak buat. Dan mudah juga makan. Sedar-sedar dah habis.

      Padam
  3. Laaa senang aje ek resepinya, tapi kalau tak kena cara, tak gelembung puri tu kan, takpe nanti nak try laaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak gelembung pun takpe. Sedap juga tu. Biasalah... dalam banyak-banyak tu..adalah satu dua yang tak dengar arahan. Ha ha ha...

      Padam
  4. senang je eh. nanti nak buat lam thanks bagi resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye awak... senang je sebenarnya. Sis pun mula-mula dok rasa susah. Tapi bila dah buat... eh taklah susah ye. . haa terus buat kali ke 2.

      Padam
  5. Nampak mudah. Nak try lah yang tanpa yis ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah. Tanpa yis pun boleh. Taklah perlu itu ini jika masukkan yis. Sis memang suka resipi mudah-mudah ni. 😁

      Padam
  6. menarik perkongsian ni. senang je rupanya. Lepas nj boleh la try follow buat mcm nj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Follow tau. Nanti share hasil Roti Puri Tanpa Yis.

      Padam
  7. oo boleh ek. nanti nak cubalah. thanks share tips ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Malah lagi senang, cepat dan mudah. 😋

      Padam
  8. Oh tak guna yis pon menjadi ya. biasa dgr org buat roti wajib ada yis. nnti boleh la cuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti puri tak sama kejadian dia ngan roti biasa. Cuba tau. Pekena ngan kari atau sambal sardin. 😉

      Padam
  9. Mak iena suka makan roti puri ni. Dia selalu buat. Thanks share resepi :)

    BalasPadam
  10. Ini memang fav kita... Suka makan roti puri time panas2... Kadang malas nk buat roti ni, makan dgn roti biasa je hee

    BalasPadam

Catat Komen

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catatan Popular