Resipi asal pancake ni aku jumpa dalam carian Google. Entah siapa ownernya sebab resipi dah sharing hingga ke beberapa generasi. Terima kasih kepada tuan punya resipi. Semoga rezeki sentiasa melimpah ruah.

Nama asal pancake ni pancake gebu ala Mekdi. Memang gebu kejadian dia. Suatu pagi tu, aku modified resipi ni. Susu segar aku gantikan dengan susu Lazz Strawberi. Tambah Instant Oatmeal Strawberries & Blueberries. Terus 3 keping sekali Hud hadap. Dia makan macam tu je dengan segelas susu Lazz Strawberi.

Wangi dari susu Lazz Strawberi dan instant oatmeal semasa pancake tengah masak... betul-betul menggoda. Tapi... sabar. Tunggu waktu berbuka. Satu adunan ni dapat dalam 7 ke 8 keping saiz sederhana. Aku buat S saiz. So dapat banyak keping. Jadilah kudapan untuk Hud. Kenyang lagi berkhasiat.


BAHAN-BAHAN🥞

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur
2 cawan susu Lazz Strawberi
4 sudu besar mentega cair/minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 pack Instant Oatmeal Strawberries & Blueberries

JOM BUAT PANCAKE😋

1. Satukan tepung, baking powder, garam dan gula.
2. Masukkan telur dan 1 cawan susu. Kacau perlahan dengan menggunakan whisk.
3. Masukkan mentega cair, esen vanila dan baki 1 cawan susu sedikit demi sedikit hingga sebati.
4. Taburkan Instant Oatmeal ke atas adunan dan whisk sebati.
5. Panaskan pan non-stick dan cedukkan 1 senduk adunan dalam pan.
5. Bila buih-buih dah keluar, terbalikkan pancake. Tunggu seketika supaya sebelah lagi pancake masak.

Sedikit info tentang Lazz Susu Kambing Lazz ialah minuman berasaskan susu kambing yang kurang manis dan tidak mengandungi bahan GMO. Selain itu, Lazz menggunakan sumber bahan bergred eksklusif dan 100% semulajadi. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur daripada kanak kanak sehingga dewasa dan warga emas. Lazz juga sesuai dijadikan minuman alternatif pengganti minuman 3 dalam 1 harian yang lebih berkhasiat.


LazzCafe kegemaran aku. Aku campur dengan 2 sudu besar nestum. LazzCafe sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu, dewasa, pasangan ikhtiar hamil dan juga warga emas.


Nak Order Lazz Susu Strawberi? Senang jer. Hanya Whatsapps Nama & Lokasi di

Lazz Careline 1 : 018-2777290
Lazz Careline 2 : 016-2449722

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai produk Lazz Susu Kambing, sila layari laman tertera;

Facebook: LAZZ Susu Kambing
Instagram: lazzsusukambinghq
Website: lazz.my

20 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Whoa! Jadi gebu pancakenya wooo...tapi kalau bulan pose ni buat, takut tak lalu makan je, nanti bazir, tapi boleh je cuba barang dua tiga keping kan..letak jagung, dah macam apam balik plak hehehehe

    BalasPadam
  2. So nice to make Pancake Lazz Strawberi Oatmeal. Lazz Strawberi milk ini mesti taste bagus ya, kids love it

    BalasPadam
  3. wah boleh cuba ni. tak sangka boleh guna susu lazz strawberi ya. nanti nak cari la.

    BalasPadam
  4. Auwww........ I love strawberry pancakes. So yummy! Thank you for sharing your recipe.

    BalasPadam
  5. Kalau ada susu putih, coklat dan strawberry....sis pilih strawberry. Gemuknya tengok pancake tu. Sedap nampaknya....

    BalasPadam
  6. Kt rumah pun suka buat pancake ni. Senang can cepat nk sediakan. Terutama sekali time pagi pgi nk rush pergi kerja. Hehe versi awak ni pun nmpk sedap!

    BalasPadam

  7. Bestnya makan pencake letak pula dengan topping coklat. Favourite tu. lagi pancake yang gebu gemas ni, makan pun cepat kenyang

    BalasPadam
  8. Wahhh nampak gebu gebas pancake dia. Kalau sis buat mau lepek ni..memang beberapa kali buat lepek..hehehe. Nanti bolehlah cuba susu ni

    BalasPadam
  9. Sedapnya tengok. Memang gebus laaaa.. Nanti nak try jugak laaa ngan Lazz susu kambing kurma

    BalasPadam
  10. Alahaiii sedap ni..gebu elok je pancake ni. Boleh try buat utk moreh 😊

    BalasPadam
  11. packaging cantik. sedap kot ya, nanti bolehlah nak cuba beli. anak2 suka jg pancake

    BalasPadam
  12. Nampak macam sedap ja pancake ni! hehe
    btw, saya singgah dan follow blog ni ya
    Perkongsian yang menarik, jemput melawat blog sy jika berkelapangan :)

    BalasPadam
  13. Xtau plak susu lazz nie boleh olah buat jdi pancake..menarik nie.. Nnt nk cuba buat juga laa.. Anak2 pun suka mkn pancake nie..

    BalasPadam
  14. Wow gebunya pancake sis. Suka tgk! Tak tau pula lazz ada buat perisa strawberry. Anak dulu minum yg kurma je

    BalasPadam
  15. Wow, nampak sedap ni! Nak cuba lah resepi tu. sedapnya

    BalasPadam
  16. Wow buat pancake guna susu lazz. Boleh cuba ni. Thank you kak share resepi ni

    BalasPadam
  17. Kak krg suka mkn pancake sbb manis biasa buat lempeng jer.. tp sekali sekala tray gal

    BalasPadam
  18. gebu!!!
    aida suka jugak buat lempeng ni.
    tapi secara tradisional la. cicah sambal :)

    guna susu Lazz ni, ohsem. susu yg berkualiti, kan.

    BalasPadam
  19. Cntik molek pancake dia.. Boleh buat juga ni

    BalasPadam
  20. nampak sedap...nak test buat lah..

    salam kenalan dari saya, nak tanya ini, sudikah bertukar link blog dengan saya, kalau sudi sila comment di link ini....

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama