Resipi ni aku jumpa di Google. Terima kasih kepada pemilik asal resipi. Asalnya aku guna resipi ni untuk jualan kuih cara berlauk ketika bulan Ramadhan beberapa tahun lepas. Adunan ni kiranya 2 in 1. Nak buat Kuih Cara Manis just tambah gula. Kalau nak buat Kuih Cara Berlauk, just tambah sedikit serbuk kunyit dan lauk pilihan korang.

Aku buat inti udang kering. Laku keras hingga ada yang minta resipi untuk buat di rumah. Baru puas makan katanya. Tapi kali ni aku nak share resipi Cara Manis. Biar manis hidup yang baca artikel aku walaupun ujian datang kiri kanan depan dan belakang. 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan ni, rasanya dah 3 kali aku buat kuih cara manis untuk keluarga. Anak-anak suka dan nak buat kuih ni pun senang. Cuma kena sabar tunggu kuih masak. Api dapur pun guna yang paling slow. Jika tak, mau rentung kuih cara korang. 

BAHAN-BAHAN 

2 cawan tepung gandum 
3 cawan santan 
3 helai daun pandan (Blend dengan santan dan tapis) 
2 biji telur (saiz apa pun boleh) 
Sedikit garam 
Gula untuk inti 
Sedikit minyak masak untuk griskan acuan supaya adunan tak melekat dan senang di keluarkan. 

CARANYA

1. Blend daun pandan bersama 1 cawan santan. Tapis dan ketepikan. 
2. Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 cawan santan dan 1 cawan santan (blend dengan daun pandan) ke dalam mangkuk adunan. 
3. Masukkan 2 biji telur dan sedikit garam. 
4. Mix sebati sehingga adunan tak berketul. Aku guna whisk je. Baru fit lengan aku. 
5. Tuang separuh adunan ke dalam jug kecil supaya nanti senang nak tuang ke dalam acuan. 

TIPS MEMASAK

1. Guna api paling slow. Griskan sedikit acuan dengan minyak. Bila acuan dah panas, tuang adunan. Jangan sampai penuh sebab nanti korang nak letak inti. 
2. Selepas acuan dah penuh dengan adunan, cepat-cepat korang masukkan sedikit gula. Aku guna sudu teh. Suku sudu teh tu je. 
3. Tutup acuan dengan tudung periuk koleksi korang. 
4. Biar adunan masak untuk seketika. Bau wangi aroma pandan akan memenuhi ruang dapur korang. Anak- anak dah mula terjerit, “Mama… kuih cara dah masak kan?” 
5. Keluarkan kuih menggunakan sudu. Biarkan sejuk seketika dan ready untuk di hidangkan.

Macam kes aku, adakalanya tak sempat la kuih tu nak get ready untuk photoshoot, mesti hilang 3 ke 4 ketul. 

“Daun pandan takde lah kak?” 

Boleh je buat Kuih Cara tanpa pandan. Macam baru ni, stok daun pandan habis. Aku on je projek Kuih Cara. Sedap la. Hud adalah juga bagi idea suruh letak Nutella sebagai inti. 

Jumpa lagi di next resipi. Stay safe, duduk dirumah, keluar jika perlu dan bersama kita bantu Malaysia untuk lawan Covid19.


14 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Dah lama tak buat kurh Cara .. teringin lak... kena cari acuannya ni haha

    BalasPadam
  2. Alaaa daun pandan takde, tak payah hijau bagai, tengok asli camtu pun dah kecur, sedap, Sis pun suka..

    BalasPadam
  3. senang je resepi ni. teringin nak buat tapi belum jumpa acuannya. thanks sharing

    BalasPadam
  4. Oh ada ye kuih cara manis. Tahu yang berlauk ajer. Anak saudara suka sangat kuih cara ni. Nanti share resipi kat maknya.

    BalasPadam
  5. Macam-macam version kuih cara.
    Tapi apa pun janji sedap, ok je untuk makan berbuka bersama keluarga tersayang.

    BalasPadam
  6. aida suka sgt kuih ni. dgn cara berlauk.
    sedap sgt. manis. nyaman...
    tq for sharing the recipe. aida ni problem sebab xde loyang kuih cara ni.
    so ari tu, buat talam berlauk guna resepi cara berlauk :)
    ala-ala kuih bakar, sis.

    BalasPadam
  7. Owhh ada kuih cara manis ya, tak pernah rasa, selalu kuih cara yg ada daging tu tak silap. Yang ni nampak cam sedap je

    BalasPadam
  8. Sedapnya kuih cara manis. dah lama tak makan kuih ni. nanti boleh la cuba buat dengan resipi ni. Tq.

    BalasPadam
  9. Sedap ni..selalunya yg manis kaler hijau. Bila nampak yg kuning mesti.aim yg berlauk 😊

    BalasPadam
  10. Senang sangat menunya. Bolehlah buat kat rumah nanti. Kuih cara berlauk pun sedap kan. Tapi kan nak kena beli acuan cara lah. Kat rumah tak ada.

    BalasPadam
  11. Terima kasih telah berbagi resep kuenya. Boleh banget nih di coba buat untuk buka puasa bersama keluarga di rumah.

    BalasPadam
  12. Lama x makan kuih ni. Rindu betul... dulu zaman kecik2 mak selalu buat hehe

    BalasPadam
  13. So far bulan puasa ni baru try buat kuih cara berlauk. yang versi manis ni belum try lagi. Boleh la cuba nanti. Lebih kurang je nampak resepinya kan

    BalasPadam
  14. Za suka betul kuih cara berlauk daging.. Dah ada resipi ni nmpknya kena pegi beli acuan la.. Hahha

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama