Dah plan nak keluar awal tapi dalam jam 10 pagi baru aku sampai ke Bayan Baru. Lokasi pertama yang nak aku terjah ialah ATM mesin! Hari masih awal dan tak banyak manusia kat bank.
Masa aku nak masuk ke
bank, aku terpandang tingkah laku sorang yang baru keluar dari bank. Dia lumur
hand sanitizer ke tapak tangan dan gosok. Eh, bank ada sediakan hand sanitizer untuk
pelanggan ke? Wah, this is good.
Sebaik melangkah masuk ke
bank, ligat la mata aku tercari letak duduk botol hand sanitizer tu. Selalunya botol
tu ada berdekatan pintu masuk. Atau akan ada seorang yang pegang botol dan
picitkan sedikit ke tapak tangan. Jarang botol tu di tinggalkan sendirian sebab
konfem akan hilang. Barang HOT kot.
Sedikit kecewa sebab memang
takde. Tapi takpe, aku dah standby sebotol kecil dalam poket tracksuit. Lepas
keluar kereta tadi, aku dah lumur kat tangan dah.
Selesai urusan di bank,
next lokasi is Georgetown Farmasi. Tak jauh dengan bank farmasi tu. Jalan kaki
je untuk sampai ke sana. Niatkan bersenam masa berjalan. Masa parking kereta
tadi aku dah nampak orang dah mula beratur di luar farmasi.
Pita pelekat warna merah terlekat
di lantai sebagai tanda ‘Sosial Distancing.’ Hanya 3 pelanggan di benarkan
masuk untuk satu masa. Masa aku dok terjegat kat luar tunggu giliran, staff
farmasi tanya, aku nak beli apa? Kalau setakat nak beli topeng muka, tak perlu
masuk. Pekerja akan ambil, korang bayar dan balik. Sorang hanya di benarkan beli
1 pack je. 1 pack ada 5 keping dengan harga RM10.
Disebabkan aku nak borong
vitamin, ubat-ubatan dan hand sanitizer… aku di benarkan masuk. Yeay! Sebelum
masuk, kena tembak di dahi (cek suhu demam ke tak). If sihat baru boleh masuk. Dan
kena guna hand sanitizer yang dah di sediakan. Jenis air dan aku suka.
ALCO Pro Hand sanitizer
500ml RM35.00. Aku ambil 2 botol. Balik rumah nanti aku nak isi dalam botol
kecil yang ada penutup spray tu. Habis nanti boleh refill. Dan botol ni semua
kena simpan di tempat yang selamat. Untuk elakkan anak buat main benda must
have ni.
Disinfectant Spray (macam spray Dettol tu) RM39.90. Saiz sembur nyamuk botol besar. Aku ambil 1. Untuk spray aku eh.. spray kasut, shopping bag, bonet kereta, dalam kereta, sangkar kucing (pastikan keluarkan dulu kucing korang), dan dalam rumah pun boleh. Biar mati apa-apa virus yang ada.
Next detinasi ialah
Guardian. Guardian tengah buat sales sempena minggu gaji. Harga boleh lari
baget kalau jiwa tak kental. Aku masih kuat jati diri dan sedar diri. Beli
hanya yang perlu dan no panic buying.
Guardian ni terletak dalam
Giant. Panjang jugalah barisan manusia yang nak masuk ke Giant. Mungkin hanya
beberapa jumlah sahaja yang di benarkan untuk satu masa tertentu. Aku tak
terasa nak masuk ke Giant. Setakat Perintah Kawalan Pergerakkan ni, aku dan
Encik Hubby pilih kedai runcit untuk beli beras, minyak masak, telur dan barang
keperluan harian.
Pilih untuk pergi awal pagi
untuk jaga jarak antara satu sama lain. Senaraikan apa yang perlu di beli supaya
kita tak lama berurusan di luar. Stay safe dan duduk di rumah. Bersama kita
selamatkan Malaysia. Sudi-sudilah singgah ke blog aku ye.
Thanks.
Murah gak tu.. Klu tgk online, mahai bebenor..
BalasPadamItulah. Masa cashier gi tau harga, terus ambil 2 botol sebab memang murah.
PadamWah, boleh jadi penulis novel. Narrating blogging. 👍🏼
BalasPadamThanks awak. 👌
PadamMurah jugak hand sanitizer tu.. Banyak borong vitamin C Flavette tu hehe
BalasPadamUntuk suami dan anak-anak. Sekali borong. Hahaha...
Padamdgn keadaan skarang negara dilanda wabak covid19 mmg hand sanitizer dgn mask paling laku tp ada juga yg org amik kesempatan jual mhl
BalasPadamSampai sekarang masih lagi mencari, membeli dan amalkannya, walaupun duduk di rumah aje..kena sentiasa guna dan alert...tapi kalau harga kena pandai pilih, jangan sampai kena tipu..
BalasPadammemang dah kene stock up sanitizer dan mask, sebab minggu depan banyak sektor yang dah mula bekerja. murah juga tu harganya, boleh survey nanti
BalasPadamRawlins pun sama - beli dan refill dalam botol spray kecil senang nak bawa ke mana-mana kan. Pelik gak bank takde sanitiser kan
BalasPadamBenda yang wajib ada sekarang ni. Dulu nak beli ni senang je kan? Sekarang ni nak beli samada barang takde stok atau naik harga.
BalasPadambesarnya botol, stok hand sanitizer saya tinggal yang botol comel-comel jer nih. semenjak PKP ni memang sangat berguna! nak kena restok ni
BalasPadamWalaupun kita dah menghampiran nak ditamatkan PKP tapi kita kena amalkan Normal Baru iaitu dengan pakai mask dan juga hand sanitizer bila keluar sampai sehingga enam bulan dan setahun sebab kita tak tahu virus ni bila akan habis sepenuhnya...
BalasPadambenda hot sekrg hand sani tu. Tapi banyak je jual sekrg kan. Memang kemana-mana bawak selalu even semua tempat dh sediakan, kita pun bawk juga. Wow guardian buat promosi
BalasPadamSaya beli hand sanitizer ritu 500ml dalam RM60. Mask pulak beli RM85 sekotak tambah pulak postage RM10. hurmmm . nak x nak kena beli.
BalasPadamkedua2 benda ni jadi benda penting jaman sekarang ni, our new normal kiranya
BalasPadamMurah harganya. Benda wajib kena ada sekarang ni. Mask, hand sanitizer dan sabun pun kena bawa sekarang. tak semua tempat ada sediakan hand sanitizer kan
BalasPadambenda tengah ada stock baik beli banyak kan. bukan panic buying, tapi alang² dah ada & keluar kan. 😊
BalasPadamZa dari dulu mmg amalkan hand sanitizer ni sblum covid ni mmg murah je.. Slmt ada stok byk kt umah.. Xde la kena tipu beli mahal2 melambung 🙄
BalasPadamJauh beza harga dia mmg murah giler.. pentingkan barangan ni sekarang
BalasPadamSkrg nie kedua2 benda nie sgt penting.
BalasPadammask n sanitizer kini menjd satu kemestian..alhmdulillh..org ramai kini lebih tahu tentg pnjgaan kebersihan yg btul berbnding dahulu..🙂
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!