Majalah Lawak Antarabangsa Ujang & Apo

4 hari sebelum Aidilfitri, aku ke Tesco. Tesco mana? Biarlah rahsia. Yang pasti sebelum masuk ke Tesco, kena check suhu, jika sihat guna hand sanitizer dan tulis nama, nombor telefon di buku. Untuk apa? Supaya senang di hubungi jika terdapat kes Covid-19 kelak.

Selesai urusan borong barang keperluan harian untuk seminggu, masa tengah tolak troli… aku terpandang Majalah Lawak Antarabangsa. Edisi Bumper Raya pula tu! Tanpa fikir berkali-kali, aku terus beli.

Selepas beli baru aku perasan, Bumper Raya kali ni disertakan 8 keping sampul duit raya. Dan setiap satu sampul, ada sketsa raya dari kartunis terpilih. Tersenyum bila terbaca setiap idea yang tercetak di sampul. Dan tentu aku akan simpan sebagai koleksi peribadi. Manalah tahu, kelak ada yang cari dan nak beli masterpiece dengan harga berjuta. Kayo akak kayo!

Majalah Lawak Antarabangsa Ujang & Apo

Apa kena mengena Hari Raya dengan majalah dari Bekazon ni? Just terimbau detik raya aku zaman persekolahan dulu. Aku dulu dok asrama. Setiap kali nak balik cuti raya, majalah edisi Bumper inilah yang aku ternanti-nanti. Gigih kumpul duit dan beli. Bumper dari Ujang ke, Apo ke, Gila-Gila ke… semua aku beli.

Buat baca ketika lepak dalam bilik. Aku jarang layan rancangan tv time raya. Dari membaca kita dapat kenal dan tahu pelbagai ragam manusia yang ada. Dari komik juga aku belajar melukis kartun dan tiru font yang lawa-lawa. Simple je life budak-budak dulu.

Dan sekarang, hobi aku ni menjadi ikutan anak-anak. Majalah ni pun anak-anak dah ambil nombor giliran nak baca. Termasuklah Hud yang berumur 6 tahun tu. Gigih dia mengeja. Seronok dia bila dapat membaca.

Ramadan dan Syawal pada tahun ni memang istimewa. Covid-19 wujud disebabkan kerakusan manusia. Dan kesannya terpalit hingga ke satu dunia. Perginya entah bila. Tak pernah terfikir apatah lagi terbayang dugaan yang terpaksa kita semua hadapi.

The New Normal perlu aku terima untuk kebaikkan semua. Pakai mask dan guna hand sanitizer dah jadi perkara biasa. Kawal pergerakkan ketika perlu keluar. Selagi takde keperluan nak sentuh itu ini, itu yang lebih baik.

Anak-anak ada juga rindu nak jejak kaki ke mall dan hypermarket. Tapi mereka hanya mampu luahkan impian je lah. Jangan nak ngada-ngada ye.

Pagi tadi selesai sahaja solat sunat Hari Raya di rumah, kami video call bersama sanak saudara yang jauh. Mak mertua dah kesat air mata melihat gelagat anak menantu dan cucu. Ayah mertua kekal cool dan steady di sebelah mak.  

Perintah larangan rentas negeri di keluarkan demi memastikan tiada kluster raya muncul kelak. Raya tetap raya walaupun kita kekal di rumah. Stay safe dan singgah blog aku ye. 😉  


Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    BalasPadam
  2. Salam Aidilfitri cikgu. Stay safe. Stay at Home. Kita jaga kita.

    BalasPadam
  3. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama