“Mama, pompuan (Elektra) tu bodoh la. Laki (Daredevil) tu kan nak selamatkan dia dengan bapa dia. Cuma letupan tu jadi gangguan. Laki tu terlepas nak tangkap tongkat dia. Terus tercucuk bapa pompuan tu.”

“Then…” aku mencelah bagi peluang Dhiya tarik nafas. Sambung kunyah Mister Potato. Perisa regular.

“Pompuan tu ingat laki tu lah yang bunuh bapa dia. Dah tak pasal-pasal nak balas dendam. Nak bunuh orang yang bunuh bapa dia.”

Emosi sungguh Dhiya dengan situasi ketidakadillan yang terjadi. Aku hulur botol Mister Potato. Semoga kuranglah segala rasa yang tak enak.

“Ni semua kerja lelaki kepala botak tu lah.”


Komen Dhiya ketika kami sama-sama tonton movie DareDevil (2003). Movie tu dah bertahun tapi baru sekarang kami berpeluang nak tonton.

Hikmah Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Banyak masa terluang yang dapat di manfaatkan bersama keluarga.

“Begitulah kehidupan ini anakku. Berhati-hati dengan apa yang kita lihat. Walaupun ianya terjadi depan mata. Tapi detail kejadian tak kita ketahui semuanya.”

“Macam cerita ni. Dari elok mereka bersahabat. Terus jadi musuh. Sampai tahap berdendam.”

“Adakalanya situasi yang kita lihat, yang tak nampak di mata, yang kita tak tahu cerita dari A-Z, yang kita sendiri tak terfikir nak bertanya… tak sama dengan apa yang kita fikirkan. Jadi jangan judge. 

Jangan ambil sikap terburu-buru. Jangan lantang sangat jari muat naik status. Jangan sikit-sikit nak saman. Menambah kerja lawyer. Akhirnya terserlah kebodohan sendiri. Menyesal pun dah tak berguna."

Panjang lebar pula nasihat aku kepada Dhiya. Terganggu jugalah emosi aku tengok movie tu. 

Koleksi dari Marvel ni memang bikin penonton tak senang duduk dibuatnya. Rasa macam kita pula nak terjun masuk dalam cerita dan betulkan keadaan.

Harapan aku, Dhiya faham la pengajaran yang dia tonton. Semoga menjadi panduan bila dia berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang tak dijangka kelak.
   
“Kena minta maaf la bila dah salah terjah, dah salah sangka.” Sambung Dhiya.

“Boleh. Dan ada yang maafkan. Tapi situasi dah tak sama macam sebelum kejadian.”

“Macam kertas. Jika dah di renyukkan, lepas tu kita betulkan semula. Dah tak cantik dah kertas tu. Dah ada kesan renyuk.”

“Oooo…”

Nota : Kredit to Google atas perkongsian gambar poster movie DareDevil.

9 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. bagusnya bila tengok movie bersama ada ulasan untuk pengajaran tu.. betul tu memang kena highlight supaya setiap kali tengok ada input.

    BalasPadam
  2. bagusnya cara akak ajar anak. lembut tapi padat dengan nasihat. moga dhiya jadi anak yang baik

    BalasPadam
  3. Sambil sambil tengok movie selitkan pengajaran, sangat bagus cara macam ni.

    BalasPadam
  4. Bagus sambil tengok movie ada pengajaran kan. Kita sebagai manusia biasalah suka judge awal awal tanpa kenal orang terlebih dahulu.

    BalasPadam
  5. masa yg dihabiskan bersama yang tersayang..sambil tonton ada kisah teladan yang boleh disampaikan..menarik :-)

    BalasPadam
  6. Ya anak anak perlu digahamkan mengenai mana betul mana salah. Jangan terus menghukum tetapi cari kebenarannya.

    BalasPadam
  7. Itulah..jangan cepat menilai. Zaman sekarang mudah sangat orang nak komen itu ini..taip je..tak kira dah betul salah.

    BalasPadam
  8. Rasanya tak lama lagi za pun mcm kak juga la bagi nasihat kat anak tgk movie. Sbb maknya suka tgk movie, cuma anaknya blom pandai bebel lg.. Hihi

    BalasPadam
  9. Setuju sangat. kalau tak tahu pokok pangkal dia lebih baik jangan ambil kisah. itu yang terbaik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama