Rendang dan Hari Raya mana boleh dipisahkan. Jika dipisahkan bagai ada yang tak kena rasanya di Hari Raya nanti. Gambar rendang tu hasil air tangan Adnan Ibrahim atau Che Mat Gebu. Tengok gambar pun dah tahu sedap masakkannya. Jemput singgah ke tiffinbiru.com untuk pelbagai resipi menarik.

Biasanya aku rebus dahulu daging untuk lembutkan. Bila dah lembut barulah masak menu pilihan iaitu rendang daging ke, gulai atau kari daging ke, daging masak hitam ke ataupun kerutuk daging. Nak makan pun happy je bila daging lembut elok.

Selain potong daging ikut urat, bab merebus daging pun penting. Ada yang letak sudu dan pelbagai tips agar daging lembut elok. Boleh hilang selera tau bila tergigit daging jenis kunyah 40 kali. 

Tips kali ni aku terbaca di Facebook Page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Terima kasih to Cikgu Ida. Nanti aku nak cuba cara ni pula.


CARA LEMBUTKAN DAGING BY CIKGU IDA

Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group masak apa tak jadi. Moga manfaat untuk yang pening fikir cara nak lembutkan daging.

Cara cikgu ida nak lembutkan daging.

Selalu org rebuskan?

Tapi cikgu tak rebus.

Caranya :

1. Masukkan 2 sudu minyak dan biarkan minyak panas.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tu.
4. Cikgu gunakan api yang kuat.
5. Kacau sekali sekala daging. Masak sampai air kering.
6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.

Bila air dah kering maka lembutlah daging tu.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan simple je.

Senangkan nak daging lembut?

Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi.

Selamat mencuba petua yang mudah dari cikgu ida.


17 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. terima kasih share kak. kalau org dulu petua boh sudu lah, daun pokok mangga lah, macam2

    BalasPadam
  2. Baru tahu ada yang letak daun pokok mangga.

    BalasPadam
  3. Good tips 👍

    Jemput join segmen kalau belum k ☺️

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam
  4. biasa rebus daging dlu nk bg lembut..yg letak sudu pernah dgr tp tk pernh cuba...yg ltk minyak ni 1st time dgr

    BalasPadam
  5. Bagus info ni. Macam saya nak lembutkan daging....saya guna high pressure cooker. Ada yang kata masukkan daun apa (tak ingat) dalam air rebusan daging.

    BalasPadam
  6. ooo okay faham. lepas ni nak cuba. terima kasih share

    BalasPadam
  7. Bagus tips Cikgu Ida nie. Boley guna kan utk buat rendang for raya. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  8. Bagus lah tips ni. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  9. Uiks..semudah ABC . Nanti Sal nak try la. Jenuh gak sebelum ni nak lembutkan daging. Tapi bila dah lembut, ralit layan..heheheh

    BalasPadam
  10. Tahu potong daging lawan arah urat?.. macam-macam petua boleh diikut. Mak liez selalu rebus dengan sudu besi.. asa masa ok jadi, ada masa tak juga..

    BalasPadam
  11. Wah!!! Bagus info ni... bolehlah digunakan masa nak masak resipi berasaskan daging nanti... saya ni allergic daging, jadi, kalau masak pun saya tak boleh nak rasa dan bayangkan samada ia dah empuk atau tidak... hehehehe... dengan adanya tips ni, insyaAllah, memudahkan lagi proses nak memasak..

    BalasPadam
  12. Ooo guna api kuat erk.. Takut terhangus pulak.. Hahaha.. Tapi boleh cuba. Lagi sennag. .Ikut pun mana2 janji daging lembut.. Hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Api kuat kena jaga dan kacau sekali sekala. Jangan biarkan dia sendirian. Hangus juga dia. Ha ha ha...

      Padam
  13. Ooo baru ku tahu...tapi sejak ada noxxa, mudah kerja Sis...ni petua boleh guna pakai nanti kotlah nixxa rosak hehehe

    BalasPadam
  14. Sedapnyaaa nampak rendang tu. time raya huda suka rendam ayam,

    BalasPadam
  15. maaf nak tanya kalau api kuat tu tak hangit ke ? selalu memang rebus dengan air rupanya macam style goreng goreng - sangai ke nak kasi lembut daging.. nak cuba lah sebab kita ada beli daging untuk raya ni heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena jaga. Jangan biarkan dia sendirian. Jangan sampai hangit. 😉

      Padam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama