Pertama sekali aku ingin ucapkan terima kasih kepada DREM (Dokoh Ratna Event Management) kerana sudi jemput aku ke Ramadhan Buffet Preview di The Light Hotel Penang.
Aku drive dari Bayan Lepas mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit untuk ke hotel yang terletak di Seberang Jaya Pulau Pinang. Sedikit info tentang trafik, kalau korang dari pulau dan ada urusan di Seberang Prai pada hari biasa, pastikan sebelum jam 4 petang korang dah on the way supaya tak terperangkap dalam kesesakan trafik macam aku.
Berbekalkan kesabaran dan pemanduan cermat, akhirnya sampai juga aku ke tempat yang di tuju. Rezekilah dapat parking di hadapan perkarangan hotel. Alhamdulillah. Sapaan dan senyuman dari pekerja hotel buat aku rasa di raikan.
Tema 'Semarak Nusantara' di serlahkan lagi dengan dekorasi Ramadan yang 'Instagrammable' terletak di tengah lobi dan bersebelahan cafe Spice Brasserie. Cantik wei. Lokasi wajib singgah untuk bergambar sebagai kenangan.
Dari jauh ketika aku berjalan masuk ke cafe, aku dah nampak kambing golek setia menanti. Sebelah kambing golek tu lah lokasi Bubur Lambuk Kambing. Menyesal aku makan sebab memang sedap. Rasa macam nak tambah lagi semangkuk wei.
Pada hari tersebut juga rupanya ada majlis penyampaian duit raya untuk anak yatim sempena bulan Ramadan. Pelbagai rasa yang muncul melihat gelagat anak yatim. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat mereka yang meraikan anak yatim.
Kebab dan Shawarma melambai-lambai, suruh aku rasa. Yang ni pun sempoi. Dan air pilihan aku pada hari tu ialah Lime Mint. Rasa lemon dan daun pudina memang menyegarkan anak tekak. Ais kacang pelbagai bahan dan cendol pun ada.
Bersebelahan barisan air, kalau korang teringin nak makan laksa, hokkien mee, char koey teow, roti canai, murtabak ataupun roti jala, inilah lokasi yang korang cari. Ramai puji sedap laksa The Light Hotel ni.
Di tengah cafe ada 3 jenis nasi iaitu Nasi Briyani Kambing, Nasi Minyak dan Nasi Kurma. Makan pula dengan pelbagai pilihan lauk. Ada sotong goreng, dalca telur, kurma ayam, kari kepala ikan, gulai ketam lemak, paru berlado, gulai itik, asam pedas tumis ikan tenggiri, sambal udang petai dan lobster.
Nak Daging Harimau Menangis pun ada. Cicah pula dengan sos padu. Ayam Bakar pula digandingkan dengan air asam. Telur Itik Masak Lemak Cili Padi mengamit memori zaman persekolahan dulu. Dim Sum dan Sushi kegemaran Hud pun ada. Kerabu sotong, kerabu udang, som tham dan salad sedia terhidang.
Sate ada tak? Ada. Ada sate ayam dan kambing. Lembut, juicy dan cukup rempah rasa sate. Kuah kacang pun cukup rasa garam gula dan pekat.
Pencuci mulut ada pelbagai pilihan. Aku tertarik dengan kuih kole kacang, pengat durian, puding roti dan cheese kek. Sepotong kecil dan sesudu dua buat hilang rasa teringin tidak merosakkan diet anda.
Kalau korang plan nak bawa yang tersayang buka puasa di hotel, guna promo code yang aku sertakan untuk harga ‘Early Bird Voucher’. Manalah tahu, birthday tersayang jatuh dalam bulan puasa.
Promo Code : EIZADREMTLH24
Salam Ramadan. Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat dan keberkatan.
More Info tentang The Light Hotel Penang
Alamat
Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang @5.394413,100.398576
No telefon : +6043821111
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!