Air lemon lebih sedap jika di tambah madu. Baru-baru ini aku cuba Madu Longan Tropika. Beli online je. Buah longan tu yang buat aku tertarik nak cuba. Bila dah cuba, memang betul ada rasa longan yang unik dan sedap. Macam minum air mata kucing pun iya juga. Tekstur madu sederhana. Tidak begitu cair, tidak begitu likat. Warna agak gelap kehitaman.
Sekeping hirisan lemon, air suam, chia seed dan madu adalah antara ritual harian aku. Biarkan seketika sehingga chia seed kembang dan sedia untuk dinikmati. Kandungan vitamin C (sejenis antioksidan), vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium dan potassium yang terdapat dalam lemon baik untuk badan dan mampu membantu sistem penghadaman. Ada juga yang berkata, air lemon mampu buat kulit bertambah glowing!
Kebaikan Madu Longan Tropika
- Madu asli tanpa bahan pengawet dan gula tambahan.
- Terhasil dari nektar pokok buah mata kucing dan longan.
- Mendapat manfaat pelbagai pohon buah dan herba hutan.
- Kadar kandungan fruktosa yang rendah.
- Lebah perlu terbang tinggi kerana kawasan hutan berbukit.
- Lokasi pungutan madu dari hutan tebal di Sumatera, Indonesia.
- Lebah lebih tahan lasak dan menghasilkan madu yang lebih kuat.
- Khasiat lebih tinggi berbanding madu yang di pelihara di tanah rendah.
- Saiz lebah yang lebih besar dan menghasilkan madu yang lebih cair.
- Tidak masam, tidak likat dan mudah larut.
- Baik untuk masalah batuk berkahak, selsema dan demam.
- Tidak mengakibatkan kadar gula naik.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi.
- Memberi tenaga yang berpanjangan, menghilangkan rasa letih, lemah dan lesu.
- Memberi kesegaran apabila di minum dengan perahan lemon.
Cara Pengambilan Madu Longan Tropika
Untuk meningkatkan imuniti.
2 sudu besar dibancuh ke dalam segelas air kosong. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum makan malam.
Untuk menghilangkan rasa letih, lemah dan lesu.
3 sudu besar madu di tambah ke dalam secawan air suam. Tambah secubit garam bukit. Kacau sebati. Sedia untuk di minum.
Untuk batuk, selsema dan demam.
4 sudu besar madu, sedikit perahan limau nipis dan hirisan halia. Sedikit daun pudina. Sebatikan. Sedia untuk di minum.
Sebagai minuman harian.
1 sudu besar madu di campur dalam segelas air kosong. Sedia untuk di minum.
Jangan beli madu yang sudah dicampur bahan pengawet dan gula. Walaupun harganya murah, tetapi tidak baik untuk kesihatan. Madu longan boleh disimpan pada suhu bilik. Jauhkan dari suhu panas, cahaya matahari dan kelembapan tinggi. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk. Selamat beramal.
Mana Nak Beli
Produk dari BK Network ni boleh dapatkan di Shopee. Selain madu, ada pelbagai produk lain untuk di cuba. Klik Link Untuk Beli Madu Longan Tropika
Nampak segar air madu longan tuu... Nanti nak try laaa
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!