Shaitaan (2024), movie seram, sihir, thirller, seram, netflix, tonton di netflix, filem hindi, bollywood, Kabir Rishi (Ajay Devgan), Jyoti (Jyothika), Janvi Rishi (Janki Bodiwala), Dhruv Rishi (Anngad Raaj)

Sharing dan intro kawan-kawan di sosial media betapa gila dan shaitaannya movie ni buat aku tertarik dan rasa nak tonton. Movie Shaitaan aku tengok di Netflix. Cerita tentang keluarga, penganiayaan, seram, thriller dan sihir. Pelbagai persoalan yang bermain di minda bila cerita melibatkan bab sihir. Aku tercari punca, kenapa perlu sihir?

Cerita di mulakan pengenalan keluarga Kabir Rishi (Ajay Devgan), Jyoti (Jyothika) dan dua anak mereka, Janvi Rishi (Janki Bodiwala) dan Dhruv Rishi (Anngad Raaj). Keluarga bahagia walaupun pada aku Janvi remaja sedikit bermasaalah. Sangkaan aku dikuatkan lagi bila Kabir tak benarkan Janvi pergi bercuti dengan kawan-kawan di sebabkan kesalahan lampau dia.

Tapi Janvi tetap pujuk dan pujuk bapa dia hinggalah akhirnya Kabir benarkan tetapi bersyarat. Rancangan keluarga ini untuk bercuti ke rumah ladang diteruskan. Dalam perjalanan, Dhruv minta bapa dia berhenti kerana dia perlu ke tandas. Bebellah bapa dia sebab ini entah kali ke berapa Dhruv nak ke tandas.

Alang-alang Dhruv nak ke tandas, keluarga ini ambil keputusan untuk berhenti makan. Dan di sinilah segalanya bermula. Kalaulah Kabir tak terima belanja air teh dan pelawa orang asing untuk duduk makan sekali, risiko kena pukau boleh di elakkan. Aku faham, niat Kabir mungkin sebagai tanda terima kasih sebab orang tu dah belanja minum dan orang tu pula sorang je. Tapi manalah kita tahu niat jahat orang disebalik 'lakonan baik' dia.

Pukau bermula bila Janvi termakan laddu, manisan yang si syaitoon tu bagi. Vanaraj reward laddu sebagai sebab Janvi tolong baca kan menu makanan sebab dia rabun dekat. Katanya lah. Atau mungkin hanya drama. Semuanya berlaku sangat pantas. Masa ni aku dah rasa tak sedap hati. Terutama bila Janvi dah rasa lain bila dia selesai makan laddu. Terus dia ajak bapa dia keluar dari kedai makan.

Dan yang buat aku rasa makin tak senang duduk bila Vanaraj selamba masuk ke dalam rumah Kabir tanpa di undang. Dia guna alasan, Janvi (yang jadi 'pak turut' di sebabkan pukau) yang bagi dia masuk dan dia sebenarnya hanya nak charge handphone. Jelas terpancar raut wajah tak selesa Kabir dan isteri dengan sikap Vanaraj tapi mereka terima. Mungkin atas rasa hormatkan tetamu.

Kalau kena kat aku, aku mungkin tak sesabar Kabir dan Jyoti. Mungkin aku akan pertikaikan balik walaupun anak aku dah benarkan masuk. Tetapi kau sepatutnya tunggu tuan rumah izinkan kau masuk. Bukan masuk bila anak tuan rumah buka pintu. Itu biadap, tak hormatkan tuan rumah dan sesuatu sungguh.

Tapi memang dah niat asal Vanaraj nak kacau family tu untuk ritual sihir dia. Korang kena tonton untuk tahu kesudahan dan sebab dia sihirkan Janvi. Ending movie ni aku suka. Dia ingat dia je ada syaitoon. Orang lain punya syaiton dia tak fikir. Terutama bila kau dah kacau dan aniaya keluarga orang.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. geram tengok cite ni sebab bapa dia slow sangat kat hujung2 tu baru nak jadi hero..haha

    BalasPadam
  2. huiss menarik. nampak kat list. tapi ingat cerita gaduh2 macam biasa. nak try tengok

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama