Tentu ramai yang dah tahu salah satu cara atau aktiviti untuk meredakan stres seketika ialah dengan bermain game online. Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka. Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, kita akan mempamerkan muka stres.
Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan masalah yang dihadapi. Bila dah kembali tenang, masa tu barulah muncul idea, ilham yang membantu untuk berfikir dan bertindak dengan lebih baik. InsyaAllah. Carilah aktiviti atau teman yang mampu memberikan aura kegembiraan.
Permainan game online antara aktiviti paling senang dan cepat nak buat. Macam aku, sambil duduk dalam kereta sementara tunggu anak balik sekolah atau kelas tution tamat, antara aktiviti pilihan aku ialah main game. Aku pilih online game percuma. Tak perlu nak download. Selamat data aku.
Dan game yang paling aku suka ialah Railway Mysteries. Seronok dan rasa puas setiap kali aku dapat mencari semua Hidden Objects yang tersembunyi dalam masa yang ditetapkan. Mata perlu cepat mencari beg, gelas, buku, topi, jam, buku atau kek. Barang tu kadang-kadang kecil dan tersorok. Dan ada juga yang besar dan jelas.
Bila misi pencarian selesai dalam masa yang ditetapkan, satu kepuasan tau dapat ke next level. Aku pilih permainan yang simple, santai, mudah dan tidak stres.
Jika tak minat mencari barang tersembunyi, pasti ada salah satu kategori yang menjadi kegemaran. Antaranya Room Escape, Education, Arcade Classics, Cartoon Games, Mahjong Games, Sports Games, Retro Pixels, Board Games, Simulation Games dan banyak lagi. Tak tersenarai aku nak tulis.
Aku pernah bagi anak aku Hud ( darjah 3) cuba Education Games, Garfield Sentences. Oyen nakal bersama Odie setia menemani Hud. Bagus untuk asah skill anak menyusun perkataan yang diberi supaya menjadi satu baris ayat yang betul. Bila dia dah cekap susun ayat, boleh ke level menaip. Taip semula ayat yang diberi. Sambil menaip, anak akan belajar mengeja dan tahu bagaimana nak eja perkataan siblings.
Jadilah 'upah' setengah jam main game untuk anak selepas dia siap buat kerja sekolah, tolong bagi makan kucing dan bantu buat kerja rumah.
Buat isi masa lapang ok ni....sambil2 tunggu bini siap
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!