Bila terbaca Skim Rumah Pertamaku (SRP) akan dimansuhkan mulai 1 April, terus aku terimbau pengalaman ketika aku beli rumah buat pertama kali. Selepas pemansuhan, pembeli rumah pertama perlu menyediakan deposit 10 peratus dari harga hartanah yang ingin dibeli sama seperti pembeli yang lain.

Untuk aku yang tinggal di Penang, (SRP) memang dah tetapkan had kewangan dan syarat-syarat untuk kesemua pembiayaan yang dibuat bawah skim tersebut.

Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakkan adalah seperti berikut :-

• Warganegara Malaysia

• Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan

• Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang

• Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang

• Bekerja di Pulau Pinang

• Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;

• Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;

• Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;

• Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;

• Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 12,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;

• Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau

• Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki hanya satu(1) hartanah (harga belian hartanah sedia ada kurang dari harga Rumah Mampu Milik yang dipohon) adalah LAYAK memohon. (Sila sertakan salinan Perjanjian Jual Beli)

Itulah sedikit info syarat kelayakkan yang ditetapkan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Sila rujuk syarat negeri masing-masing.

Nak beli rumah, aku nasihatkan beli rumah kediaman ikut kemampuan kewangan. Terutama jika dah ada hutang kereta dan hutang lain. Buat kira-kira dan baget. Ambil kira juga keperluan, kawasan rumah, jenis rumah, dan sebagainya.

Sebab jika tersalah beli risau terpaksa berhadapan dengan risiko rumah kena lelong. Boleh semput nafas jadinya.

Sebelum beli, kaji dulu lokasi, harga semasa vs harga jualan, siapa pemaju, risiko bencana alam atau unexpected disaster dan lain-lain yang korang rasa perlu.

1. Lokasi itu ada kemudahan sekolah, hospital, kedai, surau atau masjid, kekuatan internet atau telekomunikasi.

2. Harga semasa boleh semak dalam internet antara projek sedia ada dengan unit rumah/condo yang lebih kurang sama saiz di lokasi sama. Bandingkan perbezaan banyak atau sedikit dengan harga semasa.

3. Pemaju juga penting untuk kita tahu syarikat itu pernah ada projek mega atau projek tergendala.

4. Risiko bencana alam sangat penting seperti yang berlaku baru-baru ini di projek perumahan Eco Majestic. Unexpected Disaster macam tanah runtuh dan banjir secara tiba-tiba di kawasan (sebelum ini tidak berlaku).

5. Lain-lain, ikut citarasa individu. Ada yang suka nature mood, ada yang suka city mood.

Fahami kemampuan gaji kita, kukuhkan gaji dan tahu kemampuan gaji kita boleh beli rumah harga berapa. Jangan kejar rumah impian dulu, kejar rumah kecil dan sederhana. Beli 3 bilik dan 2 bilik air adalah asas utama.

Cari kediaman yang kita mampu bayar, jika pasaran undercond (baru) mahal. Beli dari pasaran subsale atau lelong. Tetap ada pilihan.

Elakkan gabung pendapatan suami isteri untuk beli kediaman. Beli kediaman guna nama isteri atau suami sahaja. Masing masing ada peluang buat banyak harta buat keluarga. (Baca bahawa kita ada impian nak keluarga kita senang dan kaya)

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. tengah usha2 rumah jugak sebenarnya ni. kalau nak pilih rumah idaman, mmg jauh melebihi kemampuan.. hehehhe tapi betul lah. cari yang ikut kemampuan kewangan fmly, tak lah pening kepala kemudian hari.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama