Mini Drama 9 Episod Kau Sundaeku oleh McDonalds

"Kau Sundaeku" Drama mini 9 episod inisiatif dari McDonald’s untuk generasi muda yang berminat bekerja di Mekdi. | Bulan 5 nanti jika tiada aral melintang, tamatlah Program Perantis Vokasional McDonald’s ( Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia.) selama 18 bulan yang anak remaja aku sertai.

Bila aku tonton ke semua 9 episod drama mini "Kau Sundaeku" terus terimbau pengalaman anak aku menyertai keluarga besar Mekdi. 'No Pain No Gain' penat tapi puas bila team berjaya siapkan semua pesanan pelanggan dan nama outlet terpapar di screen antara top 3 sales tertinggi di seluruh Malaysia.

Bekerja di Mekdi ni bab makan minum dah save baget sebab ada meal untuk crew. Terus aku terbayang Double Cheese Burger. Ayam Goreng Mekdi pun sedap. Overtime pun boleh tahan cuma perlu siapkan mental dan fizikal yang sihat. Aku suka pendekatan terkini Mekdi melalui mini drama yang menceritakan pengalaman sepanjang bekerja dan laluan kerjaya yang bakal diperolehi sebagai crew.

Mini Drama 9 Episod "Kau Sundaeku"

Siri mini drama 9 episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022, dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.

McDonald’s, majikan pilihan rakyat Malaysia.

Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah

1. Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.

2. Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018.

3. Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 dan Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.

Program Perantis Vokasional McDonald’s

Program Perantis Vokasional McDonald’s

Program Perantis Vokasional McDonald’s

Merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70% latihan praktikal di restoran dan 30% pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian.
Sejak 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.

Latarbelakang McDonald’s 

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my. 

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama