Wednesday Movie di Netflix

Wednesday Movie di Netflix, 1 Malam Aku Marathon

Antara cerita episod yang aku berjaya marathon 1 malam sampai habis. Bermula dari episod 1 hingga 8 bagi aku tak membosankan. Tak terasa masa yang berlalu. Aku pula memang suka cerita ala gothic, seram, suspen, misteri dan penyiasatan. Sebenarnya, dari minggu lepas aku dah selesai tonton cerita ni tapi baru hari ni mood menulis terluah dalam blog.

Aku tertarik dengan cerita ni masa kali pertama tertengok teaser. Wednesday (perwatakan dingin, tiada perasaan dan suka membangkang), melepaskan beberapa plastik ikan pirana ke dalam kolam renang sebagai pengajaran buat pembuli adik dia. Nak ajar pembuli ni tak perlu bertumbuk. Cukup gunakan akal dan hati kering. Puas hati aku. Kah kah kah.

"You will love Nevermore. It's a magical place where i met your mother. Fell in love."

Wednesday 6 Kali Di Buang Sekolah

Wednesday dibuang sekolah untuk kali ke 6 selepas kes Pirana. Kali ni mak ayah Wednesday pilih sekolah lama mereka iaitu Nevermore Academy. Nevermore Academy adalah sekolah khas untuk golongan outcasts, freaks, monsters dan mereka yang mempunyai kuasa tertentu.

Wednesday Movie di Netflix

"Thing"  & Enid, Sahabat Sejati

Rakan sebilik Wednesday bernama Enid. Enid suka warna warni. Sesuai dengan perwatakkan dia yang ceria. Wednesday pula 'allergic to color' dan hitam warna rasmi dia. Uniform sekolah dia seorang je berwarna hitam walaupun pakaian sekolah adalah biru. Hinggalah satu hari tu, Wednesday bahagi dua zone bilik. Satu aura Enid satu lagi aura dia. Kelabu, hitam dan suram. Tapi nice juga warna hitam. Klasik, tersendiri.

Wednesday tak plan nak tinggal lama di sekolah tu. Dia dah susun atur strategik misi lari dari sekolah hinggalah pada hari nak lari tu secara tiba-tiba dia mendapat petanda sesuatu yang buruk akan terjadi di sekolah dan dia adalah puncanya! Petanda demi petanda yang dia terima menjadikan dia tekad untuk merungkai misteri dan menyiasat kes pembunuhan yang melibatkan seekor Monster.

Plot twist cerita ni berjaya buat aku berteka-teki dua tiga kali siapa sebenarnya dalang dan Monster. Enid, seorang kawan yang setia selain "Thing" buat aku rasa sebak, sedih, geram dan gembira melihat perjalanan persahabatan mereka. Buat korang yang suka layan cerita misteri tentu korang akan rasa cerita ni enjoy.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama