Apa itu kaveat

Ada klien datang office nak jual rumahnya. Setelah carian dibuat, rupanya ada kaveat telah dimasukkan oleh bekas isterinya. Nak tak nak, dia perlu meminta bekas isterinya untuk menarik balik kaveat tersebut sebelum penjualan harta boleh dibuat. Setelah menghubungi bekas isterinya, bekas isterinya bersetuju menarik balik kaveat tersebut dengan syarat separuh dari harga jualan harta tersebut dibayar kepadanya atas alasan rumah tersebut dibiayai bersama tapi hanya diletakkan nama suami.

Ada kes lain, rumah pusaka diletakkan atas nama abang sulung sahaja. Kaveat dimasukkan oleh dua orang adiknya bagi mengelakkan si abang menjual harta tersebut.

Kaveat tu apa? Kaveat tu ialah satu transaksi paling mudah dimasukkan tapi paling kuat kuasanya. HANYA UNTUK RUMAH DAN TANAH SAHAJA.

Kaveat boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai alasan kukuh untuk menahan harta orang lain dari dijual. Bahkan ada tuan tanah sendiri tak menyedari geran rumahnya telah dimasukkan kaveat oleh orang lain.

Contohnya, kalau harta di atas nama suami tapi perbelanjaan dikeluarkan oleh kedua suami isteri. Lalu setelah bercerai, si isteri masukkan kaveat ke atas tanah tersebut bagi mengelakkan si suami menjual harta tersebut tanpa pengetahuannya.

Contoh lain ialah kalau ada kawan yang buat pinjaman puluhan ribu dari kita. Kaveat yang kita masukkan boleh menahan kawan kita tu dari menjual hartanya. Kalau dia nak jual, dia kena minta kita tarik balik kaveat. Jadi kita letakkan syarat, bayar balik hutang kita baru kita tarik balik kaveat tersebut.

Kaveat persendirian ni boleh dibatalkan dengan 2 cara iaitu ditarik balik oleh pemegang kaveat tersebut atau mohon melalui mahkamah.

Kaveat juga akan terbatal dangan sendiri/automatik selepas 6 tahun dari tarikh kaveat tersebut dimasukkan.

Jadi kalau anda masih nak menyekat harta tersebut dari dijual, anda perlu memasukkan kaveat setiap 6 tahun.

Jadi, kalau anda tak merestui penjualan harta org lain di atas alasan kukuh, anda boleh masukkan kaveat. Dengan syarat anda ada maklumat butiran harta yang hendak dimasukkan kaveat.

Moga bermanfaat.

Artikel Via : Farizal Radzali
Picture Via : farmhouseseeker

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama