Kedudukan Imam Dan Makmum Ketika Solat Di Rumah

Setiap pagi sambil drive balik dari hantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja, aku suka dengar kuliah secara live di facebook Ustazah Asma' Harun (UAH). Santai je penyampaian UAH buat kami yang ikuti tak terasa masa yang berlalu.

Banyak perkongsian ilmu yang aku dapat. Dan ilmu tersebut menjadi jawapan kepada persoalan harian netizen. Termasuklah aku. Dalam aku dok sangsi dan tertanya-tanya, betul ke salah, tup-tup UAH kongsi jawapan kepada persoalan aku. Alhamdulillah. Kali ni aku nak share ilmu daripada UAH mengenai bab solat. Bagaimana kedudukan imam dan makmum jika kita solat dirumah dengan anak-anak.

Soalan
"SAYA KELIRU DENGAN KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM KETIKA SOLAT DI RUMAH, BOLEH USTAZAH JELASKAN?"

Semalam ketika di masjid, ada seorang sahabat perempuan menanyakan soalan “Ustazah, haritu saya mengimami solat anak-anak perempuan saya kerana suami saya tiada di rumah, cuma saya masih keliru sebenarnya tentang susunan saf yang betul, adakah dibaris yang sama atau seperti jemaah lelaki seperti biasa?”

Baik, saya faham kadang-kadang kita sendiri terkeliru dengan kedudukan imam dan makmum yang sebenar, lagi-lagi kalau melibatkan wanita atau jemaah dalam jumlah yang kecil sebab sudah jadi kebiasaan bagi kita apabila solat di masjid, akan ada langsir pemisah antara lelaki dan perempuan, hanya tinggal solat . Berkaitan dengan persoalan ini, insyaAllah saya cuba jelaskan sebaiknya.

Jawapan kepada soalan tersebut ialah jika jemaah yang diimami oleh perempuan, jemaah perempuan hendaklah berdiri di belakang imam pada kadar setapak dan imam wanita itu perlu berada di tengah-tengah jemaah.

SUSUNAN SAF MENGIKUT KEUTAMAAN

๐Ÿ”ถ Imam
๐Ÿ”ถ Makmum Lelaki Dewasa
๐Ÿ”ถ Kanak-kanak Lelaki
๐Ÿ”ถ Perempuan Dewasa
๐Ÿ”ถ Kanak-kanak Perempuan

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

ุฎَูŠْุฑُ ุตُูُูˆูِ ุงู„ุฑِّุฌَุงู„ِ ุฃَูˆَّู„ُู‡َุง، ูˆَุดَุฑُّู‡َุง ุขุฎِุฑُู‡َุง، ูˆَุฎَูŠْุฑُ ุตُูُูˆูِ ุงู„ู†ِّุณَุงุกِ ุขุฎِุฑُู‡َุง، ูˆَุดَุฑُّู‡َุง ุฃَูˆَّู„ُู‡َุง

Maksudnya:“Sebaik-baiknya barisan saf lelaki-lelaki adalah awalnya dan seburuk-buruknya adalah yang terakhir. Sebaik-baik barisan saf perempuan adalah di akhir dan seburuk-buruknya adalah diawalnya."
(HR Muslim, hadis sahih)

Di dalam hadis ini, ia menjelaskan bahawa kedudukan yang paling baik untuk lelaki ketika solat jemaah adalah di saf hadapan dan yang paling buruk adalah pada saf terakhir. Bagi wanita pula, saf terbaik bagi mereka adalah yang terakhir jika tiada tabir pembatas antara mereka dengan bahagian solat lelaki bagi mengelakkan fitnah. 

Namun jika terdapat tabir pembatas antara saf lelaki dan wanita, maka saf terbaik bagi wanita adalah saf pertama seperti saf lelaki kerana tabir pembatas itu dapat menghilangkan kekhuatiran terjadinya fitnah.

KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM LELAKI

1. Sekiranya hanya SEORANG makmum lelaki, makmum perlulah berdiri di SEBELAH KANAN dan ke BELAKANG SEDIKIT dari kedudukan imam.

2. Sekiranya ada makmum yang baru datang, makmum yang bersebelahan imam perlulah undur setapak ke belakang dan merapatkan saf sesama mereka, imam tetap di tempatnya.

Daripada Jabir Bin Abdullah al-ansari RA:

ู‚َุงู…َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู„ِูŠُุตَู„ِّูŠَ ูَุฌِุฆْุชُ ุญَุชَّู‰ ู‚ُู…ْุชُ ุนَู†ْ ูŠَุณَุงุฑِู‡ِ ูَุฃَุฎَุฐَ ุจِูŠَุฏِูŠ ูَุฃَุฏَุงุฑَู†ِูŠ ุญَุชَّู‰ ุฃَู‚َุงู…َู†ِูŠ ุนَู† ูŠَู…ِูŠู†ู‡ ุซُู…َّ ุฌَุงุกَ ุฌَุจَّุงุฑُ ุจْู†ُ ุตَุฎْุฑٍ ูَู‚َุงู…َ ุนَู†ْ ูŠَุณَุงุฑِ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูَุฃَุฎَุฐَ ุจูŠุฏูŠู†ุง ุฌَู…ِูŠุนًุง ูุฏูุนู†ุง ุญَุชَّู‰ ุฃَู‚َู…ْู†َุง ุฎَู„ูู‡

Maksudnya: "Rasulullah SAW berdiri untuk mengerjakan solat kemudian aku pun datang dan berdiri di samping kiri Baginda. Rasulullah SAW meraih tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan. Kemudian datang pula Jabbar bin Shakhr, dia berdiri di sebelah kiri Baginda.Rasulullah SAW meraih tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang baginda."
(HR Muslim, hadis sahih)

3. Jika makmum ramai berdiri di belakang imam, maka PERLULAH diseimbangkan bilangan kanan dan kiri dengan MENGUTAMAKAN BAHAGIAN KANAN TERLEBIH DAHULU. Jika imam dan makmum berada di satu bahagian contohnya di kiri sahaja maka hukumnya adalah MAKRUH.

KEDUDUKAN SAF KANAK-KANAK LELAKI

Hakikatnya para ulama’ tidak memisahkan kedudukan saf bagi kanak-kanak lelaki dengan saf lelaki dewasa sebagaimana yang difahami masyarakat kini, pandangan yang mengatakan bahawa kanak-kanak telah memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah adalah tidak benar. Walau bagaimanapun, dalam situasi ini, keutamaan hendaklah diberikan kepada orang yang lebih dewasa berbanding kanak-kanak, ini berdasarkan hadis daripada Nabi SAW iaitu:

Dari Abdullah bin Mas’ud Nabi SAW bersabda:

ู„ِูŠَู„ِู†ِูŠ ู…ِู†ْูƒُู…ْ ุฃُูˆู„ُูˆ ุงู„ุฃَุญْู„ุงَู…ِ ูˆَุงู„ู†ُّู‡َู‰ ุซُู…َّ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَู„ُูˆู†َู‡ُู…ْ ุซُู…َّ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَู„ُูˆู†َู‡ُู…ْ

Maksudnya: "Hendaklah yang tepat di belakangku orang yang dewasa yang memiliki kecerdasan dan orang yang sudah berakal di antara kalian, kemudian orang yang sesudah mereka kemudian orang yang sesudah mereka."
(HR Muslim, hadis sahih)

Malahan ada riwayat lain dari Abu Malik al-Ash‘ari:

ุฃَู„َุง ุฃُุญَุฏِّุซُูƒُู…ْ ุจِุตَู„َุงุฉِ ุฑَุณُูˆู„ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ؟ ู‚َุงู„َ: ุฃَู‚َุงู…َ ุงู„ุตَّู„َุงุฉَ ูˆَุตَูَّ ุงู„ุฑِّุฌَุงู„َ ูˆَุตَูَّ ุฎَู„ْูَู‡ُู…ُ ุงู„ْุบِู„ْู…َุงู†َ ุซُู…َّ ุตَู„َّู‰ ุจِู‡ِู…ْ

Maksudnya: "Mahukah aku ceritakan kepada kalian tentang solat Nabi SAW? Dia melanjutkan; Baginda SAW mendirikan solat dan Baginda membariskan saf lelaki dewasa dan di belakang mereka kanak-kanak, lalu Baginda solat bersama mereka."
(HR Abu Daud, hadis hasan)

Syeikh Zakariyya Al- Ansari menukilkan dalam kitab beliau Asna al-Matalib fi Syarh Raudhu at-Talib menyatakan bahawa disunatkan atau mustahab untuk meletakkan kanak-kanak lelaki di belakang saf lelaki dewasa apabila saf dewasa tidak muat untuk mereka. Sekiranya masih boleh dimuatkan, kanak-kanak tersebut perlulah memenuhkan saf di saf makmum dewasa.

ูˆَู‡َุฐَุง ูƒُู„ُّู‡ُ (ู…ُุณْุชَุญَุจٌّ ู„َุง ุดَุฑْุทٌ) ูَู„َูˆْ ุฎَุงู„َูُูˆุง ุตَุญَّุชْ ุตَู„َุงุชُู‡ُู…ْ ู…َุนَ ุงู„ْูƒَุฑَุงู‡َุฉِ

Maksudnya: "Semuanya ini adalah mustahab(digalakkan), bukannya syarat. Sekiranya mereka menyalahi susunan saf ini, sah solat mereka itu tetapi makruh."

a. Kanak-kanak lelaki bersama seorang lelaki dewasa

Jika seorang lelaki dewasa bersama seorang kanak-kanak lelaki, kanak-kanak itu hendaklah berada bersebelahan makmum lelaki dewasa di belakang imam.

Dari Anas Bin Malik Nabi SAW bersabda:

ุฏَุนَุชْ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู„ِุทَุนَุงู…ٍ ุตَู†َุนَุชْู‡ُ، ูَุฃَูƒَู„َ ู…ِู†ْู‡ُ ูَู‚َุงู„َ ‏ "‏ ู‚ُูˆู…ُูˆุง ูَู„ุฃُุตَู„ِّูŠَ ุจِูƒُู…ْ ‏"‏‏.‏ ูَู‚ُู…ْุชُ ุฅِู„َู‰ ุญَุตِูŠุฑٍ ู„َู†َุง ู‚َุฏِ ุงุณْูˆَุฏَّ ู…ِู†ْ ุทُูˆู„ِ ู…َุง ู„ُุจِุณَ، ูَู†َุถَุญْุชُู‡ُ ุจِู…َุงุกٍ ูَู‚َุงู…َ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูˆَุงู„ْูŠَุชِูŠู…ُ ู…َุนِูŠ، ูˆَุงู„ْุนَุฌُูˆุฒُ ู…ِู†ْ ูˆَุฑَุงุฆِู†َุง، ูَุตَู„َّู‰ ุจِู†َุง ุฑَูƒْุนَุชَูŠْู†ِ

Maksudnya: "Nenek Anas bin Malik mengajak Rasulullah SAW untuk menikmati makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah SAW menjamah hidangan tersebut kemudian bersabda: Bangunlah, saya akan mengimamkan solat kalian. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan, kemudian saya merenjiskan air ke atasnya. Rasulullah SAW berdiri, diikuti seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek berada di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat."
(HR Bukhari, hadis sahih)

Imam an-Nawawi menyebut bahawa hadis ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai kedudukan di dalam saf. Jumhur ulama’ mazhab Syafiee berpegang kepada pandangan ini.

b. Kanak-kanak lelaki berada dalam saf makmum lelaki dewasa yang ramai.

Kedudukan kanak-kanak lelaki di dalam saf dewasa yang ramai pula ialah dibolehkan untuk berada di mana-mana bahagian di saf pertama dan yang dibelakang imam hendaklah diberikan keutamaan kepada orang yang lebih dewasa kerana berperanan menegur imam jika imam lupa sedangkan tiada orang lain menyedarinya.

KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM WANITA

Posisi paling tepat jika seorang sahaja makmum wanita ialah dia perlu berada betul-betul di belakang imam, namun DIBOLEHKAN juga untuk berada di bahagian kiri imam. (Jarak tiga hasta)

Sekiranya jemaah makmum perempuan yang ramai, maka mereka perlu berdiri jauh dari imam sekurang-kurangnya tiga hasta.

KEDUDUKAN IMAM WANITA DAN MAKMUM WANITA

Untuk jemaah yang diimami oleh perempuan, kedudukan imam itu hendaklah berada di tengah-tengah jemaah perempuan pada kadar setapak di belakang imam. Imam an-Nawawi menyebut dalam kitab beliau al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab berkenaan isu ini:

ุงู„ุณُّู†َّุฉُ ุฃَู†ْ ุชَู‚ِูَ ุฅู…َุงู…َุฉُ ุงู„ู†ِّุณَุงุกِ ูˆَุณْุทَู‡ُู†َّ ู„ِู…َุง ุฑُูˆِูŠَ ุฃَู†َّ ุนَุงุฆِุดَุฉَ ูˆَุฃُู…َّ ุณَู„َู…َุฉَ ุฃَู…َّุชَุง ู†ِุณَุงุกً ูَู‚َุงู…َุชَุง ูˆَุณْุทَู‡ُู†َّ

Maksudnya: "Sunnahnya berdiri imam perempuan di tengah jemaah wanita seperti mana diriwayatkan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Ummu Salamah mengimamkan jemaah wanita dan beliau berdua berdiri di tengah- tengah jemaah."

Hikmah imam wanita berada di posisi tengah ialah kedudukan tersebut lebih tertutup ini disebut oleh Imam al-Mawardi di dalam Al-Hawi Kabir :

ูَุงู„ْุฃَูˆْู„َู‰ ู„ِู…َู†ْ ุฃَู…َّ ู…ِู†ْู‡ُู†َّ ุฃَู†ْ ุชَู‚ِูَ ูˆَุณَุทَู‡ُู†َّ، ู„ِุฃَู†َّ ุฐَู„ِูƒَ ุฃَุณْุชَุฑُ ู„َู‡َุง

Maksudnya: "Diutamakan bagi sesiapa menjadi imam daripada kalangan perempuan, untuk imam tersebut berada di tengah-tengah jemaah perempuan kerana ia lebih tertutup baginya."

Syeikh Sulaiman al Jamal di dalam kitab beliau Hasyiyah al-Jamal juga menyebut:

Dimaksudkan dengan berdiri di tengah-tengah makmum perempuan ialah agar imam tidak taqaddum iaitu berdiri di hadapan (seperti mana imam lelaki) dan bukan juga untuk berdiri selari dengan makmum perempuan di kanan dan kirinya. Tetapi hendaklah imam ke hadapan sedikit supaya dapat membezakan antara imam dan makmum yang lain.

KESIMPULAN

1. Susunan saf mengikut keutamaan 
a. Imam
b. Makmum lelaki dewasa
c. Kanak-kanak lelaki
d. Perempuan dewasa
e. Kanak-kanak perempuan

2. Kedudukan imam lelaki dan makmum lelaki :
Makmum seorang sahaja
๐Ÿ”ถ Berdiri di sebelah kanan dan ke belakang sedikit dari imam

Makmum ramai
๐Ÿ”ถ Berdiri di belakang imam dan diseimbangkan kedudukan makmum kanan dahulu kemudian ke kiri, Makruh mengutamakan satu posisi sahaja (Contohnya berada di kiri/kanan sahaja)

3. Kedudukan kanak-kanak lelaki
Ketika bersama seorang makmum lelaki dewasa
๐Ÿ”ถ Berdiri di sebelah makmum dewasa secara bersebelahan di belakang imam

Ketika bersama makmum lelaki dewasa yang ramai
๐Ÿ”ถDibolehkan kanak-kanak berada di mana-mana bahagian di saf pertama kecuali betul-betul di belakang imam. Sekiranya di saf selain saf pertama, kanak-kanak lelaki itu boleh berdiri di mana-mana bahagian.

4. Kedudukan imam lelaki dan makmum perempuan

Makmum perempuan seorang sahaja, posisi paling tepat
๐Ÿ”ถ Berdiri betul-betul di belakang imam

Diharuskan
๐Ÿ”ถ Berdiri di sebelah kiri imam

Makmum perempuan ramai
๐Ÿ”ถ Makmum berdiri jauh di belakang imam (sekurang-kurangnya tiga hasta)

5. Kedudukan imam wanita dan makmum wanita 

๐Ÿ”ถImam wanita berdiri di tengah-tengah manakala makmum berdiri di sebelah kanan dan dikiri imam di dalam saf yang sama, disunatkan bagi makmum perempuan untuk menzahirkan sedikit kedudukan imam di antara mereka dengan berdiri belakang sedikit daripada imam bagi tujuan membezakan antara keduanya.

Di kesempatan ini, suka saya kongsikan beberapa kelebihan solat secara berjemaah pada sahabat-sahabat.

1) Mendapat pahala 27 darjat

Daripada Abdullah bin 'Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ุตَู„ุงَุฉُ ุงู„ุฌَู…َุงุนَุฉِ ุชَูْุถُู„ُ ุตَู„ุงَุฉَ ุงู„ูَุฐِّ ุจِุณَุจْุนٍ ูˆَุนِุดْุฑِูŠู†َ ุฏَุฑَุฌَุฉً

Maksudnya: “Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjatt.”
(HR Bukhari, hadis sahih)

2) Dipelihara daripada gangguan syaitan

Daripada Abu Darda’, Nabi SAW bersabda:

ู…َุง ู…ِู†ْ ุซَู„ุงَุซَุฉٍ ูِูŠ ู‚َุฑْูŠَุฉٍ ูˆَู„ุงَ ุจَุฏْูˆٍ ู„ุงَ ุชُู‚َุงู…ُ ูِูŠู‡ِู…ُ ุงู„ุตَّู„ุงَุฉُ ุฅِู„ุงَّ ู‚َุฏِ ุงุณْุชَุญْูˆَุฐَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ُ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ُ ูَุนَู„َูŠْูƒَ ุจِุงู„ْุฌَู…َุงุนَุฉِ ูَุฅِู†َّู…َุง ูŠَุฃْูƒُู„ُ ุงู„ุฐِّุฆْุจُ ุงู„ْู‚َุงุตِูŠَุฉَ ‏"

Maksudnya : "Tiga orang di dalam sebuah kampung atau penempatan yang tidak solat jemaah sesama mereka, mereka telah dikuasai syaitan. Oleh itu, engkau perlu sentiasa berjemaah kerana serigala memakan kambing yang bersendirian."
(HR Abu Daud, hadis hasan)

RUJUKAN:
1. Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat, Dr Nik Yusri Musa.
2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-464: Kedudukan Imam Perempuan Dan Makmum Ketika Solat Jemaah.
3. Laman Web Rasmi Mufti Selangor Taudhih Al-Ahkam: Kedudukan Kanak-Kanak Lelaki Dalam Saf Solat Berjemaah.

Semoga bermanfaat buat semua.

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

Asma' Binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama