Main Online Game Free Tanpa Download di Solitaire

Tahukah anda, meluangkan masa seketika bermain online game adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress. Ketika bermain, diri akan lebih santai, membantu memberi mood positif, sedikit sebanyak akan membuatkan diri kembali aktif dan produktif. Satu kepuasan jika level berjaya complete. Kan.

Bermain game mampu meningkatkan kemahiran visual-spatial. Pembelajaran visual-spatial, atau kecerdasan visual-spatial, merujuk kepada keupayaan seseorang untuk melihat, menganalisis, dan memahami maklumat visual di dunia di sekelilingnya. Mereka boleh menggambarkan konsep dengan mata mereka.  

Seseorang yang kuat dalam kecerdasan visual-spatial boleh ditarik ke kerjaya seperti bekerja dalam video, televisyen, penggubalan, seni bina, fotografi, kesenian, pengoperasian penerbangan, pengendalian trafik udara, pembinaan, kaunseling, reka bentuk fesyen, merchandising fesyen, pengiklanan visual dan dalaman reka bentuk. Dalam kerjaya STEM, mereka mungkin tertarik kepada fizik, kejuruteraan, astronomi, atau pembedahan.

Kemahiran visual-spatial merupakan kemahiran menvisualisasi ruang dan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan. Sebagai contoh, game online Hidden Objects melatih minda untuk mengingati gambar, bentuk, saiz dan warna yang tersembunyi. Perlu cepat mencari objek yang tersenarai dalam masa yang telah
ditetapkan.

Main Online Game Free Tanpa Download

Aku main Hidden Objects ni semasa santai dengan anak aku yang darjah 2, Hud. Atau semasa aku tunggu giliran pesanan makanan aku siap. Ada 8 jenis tema untuk di pilih iaitu Castle, China, Circus, Garden, Hotel, Kitchen, Pirate dan Princess. Setiap tema ada level tersendiri. Seronok berebut dengan Hud mencari objek tersembunyi. Siapa yang paling banyak dapat cari. Makin tinggi level semakin sukar. Tapi dengan kerjasama antara aku dan Hud, pencarian dapat kami selesaikan dengan jayanya.

Main Online Game Free Tanpa Download

Satu lagi online game yang aku sekeluarga suka ialah Daily Word Search Game atau permainan cari perkataan tersembunyi. Perkataan di susun secara melintang, menengak, dari atas ke bawah, dari bawah ke atas, dari depan ke belakang atau dari belakang ke depan. 

Mula-mula pilih grid size. Ada 3 pilihan puzzle grid size iaitu 12x12, 14x14 dan 16x16. Dan game ini dalam pelbagai bahasa pilihan. Aku pilih English. Pilihan bahasa yang lain kami sekeluarga tak faham. Paling aku suka, game ni boleh print. Print dan kepilkan. Bolehlah main tanpa hadap handphone.

Game ni dapat mengasah ejaan English. Sambil main, secara tak langsung Hud dan Yaya belajar mengeja ayat yang perlu di cari. Sesekali aku akan tanya apa maksud perkataan dalam bahasa Melayu. 

Bermain Online Game perlukan pemantauan dari mak ayah. Adakan had masa yang dibenarkan. Memang tak boleh dibiarkan anak bermain tanpa kawalan risau lain pula jadinya. 

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama