11 December pi tengok movie, baru hari ni aku dapat share story di blog. Kah. Sebenarnya, masa pi tonton movie tu, aku baru baik dari demam. Stamina pun tak 100% ok. Lain macam betul penangan demam kali ni. Berdiri lama rasa nak pitam. Siang, lepas makan ubat demam dah kebah. Bila malam, demam mai balik. Selalunya, dalam dok demam, aku okay je siapkan kerja rumah. Berjalan sejam dua dalam mall masih steady.
Tapi disebabkan tiket dah beli dan teringatkan janji kat anak, so kuatkanlah juga diri melangkah ke GSC Queensbay Mall. Kebetulan minggu tu encik suami balik, so tanggungjawap dia lah memandu ke destinasi. Tayangan pukul 3 lebih. Boleh pula takde show waktu pagi. Selalunya ada je sebab baru minggu pertama tayangan dan cuti sekolah. Kan.
Hud sejak dia ternampak iklan Mechamato Movie di tv, dari hari tu lah dia ajak tengok wayang. Setiap hari dia check kalender berapa hari lagi nak sampai 8 December. Siap ingatkan, mama dah beli tiket wayang ka belum? Memang dia ikuti cerita Mechamato ni di tv. Sebab tu dia yang paling teruja.
Mechabot... Mechanize!
Terus basikal bertukar jadi motor. Memang teruja aku, mak budak layan sampai habis hasil animasi anak tempatan. Permulaan cerita menceritakan bagaimana Amato bertemu dengan Mechabot. Mechabot ni pula tak bertuan. Dan bagaimana Amato jadi tuan kepada Mechabot yang mulut boleh tahan tu. Kelakar, kelam kabut dan menarik bila secara tak sengaja berlakunya mechanize kali pertama.
Drama, aksi yang diselang seli dengan jenaka memang sangat menghiburkan. Watak pembuli Bula dan Bili bikin geram dengar riak wajah tak bersalah. Depa ada jadual senarai nama untuk dibuli. Bab Mechabot jadi mesin cocoway 3000 dan jadi jujur tu pun kelakar.
Misteri siapa Maskmana tu memang surprise habis. Tak nak cerita detail risau tercerita dan korang dapat teka siapa sebenarnya Maskmana. Aku bagi 10 bintang. Best untuk tontonan kanak-kanak. Memang anak-anak dan mak ayah pun enjoy. Reward untuk anak sempena cuti sekolah.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!