Buah pear bagus untuk kahak


Aku paling suka Packham Pear. Buah tu aku pilih yang lembut sikit. Ralit kunyah sebiji demi sebiji. Hud paling suka kalau aku sajikan Packham Pear. Semangkuk kecil dia boleh habiskan sorang. 

"Hud suka buah ni. Lembut, wangi dan sedap."

Meloponglah mak dia, bila nak makan tengok dah tinggal mangkuk kosong. Tapi jenis tu jarang nak ada. Kalau terjumpa memang rezekilah. Tapi kalau takde si Packham, buah pear biasa pun anak-anak layan. Kalau anak tak sihat, bagi anak makan buah pada suhu bilik.

Selain dari terkenal dengan banyak air rupanya buah Pear mampu legakan kahak. Musim batuk, selsema dan demam ni, jika ada rezeki lebih, jom penuhkan peti sejuk dengan buah-buahan sebagai kudapan sempena cuti sekolah. 

Berikut aku sertakan perkongsian daripada Dr. Mazliana Mazlan mengenai manfaat buah pear.

Dalam Perubatan Cina, diorang legakan kahak anak-anak dengan sup buah pear. Menarik kan.

Reneh buah pear dengan air, tambah gula batu asli. Bagi anak minum.

Tak nak letak gula, nak makan saja pun boleh. Banyak tau khasiat buah pear. Apa-apa dari sumber sebenar, memang ada kebaikan buat anak kan.

1. Pear ada folate dan niacin, bagus untuk sel tubuh berfungsi dengan baik.

2. Ada vitamin A, untuk kulit dan penyembuhan luka.

3. Tinggi potasium untuk kesihatan otot dan jantung.

4. Kandungan antioksida polyphenol, terutama di kulit buah pear, untuk melawan radikal bebas.

5. Fiber tinggi untuk penghadaman yang baik.

Dan paling penting, bersifat antiradang. Tinggi flavonoid, dan vitamin. Penting untuk anak-anak, melawan jangkitan kuman dan keradangan. Ini yang anak-anak perlukan. Imuniti makin kuat kan.

Kita cuba ya. Keserasian setiap anak dengan makanan tak sama, mana tahu berkesan dengan anak kita.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama