Zaman dulu setiap kali tiba cuti sekolah, mak dan abah akan hantar kami adik beradik balik kampung. Mak dan abah perlu bekerja jadi takde siapa nak pantau kami. Masa ni aku dan adik masih sekolah rendah. Solusinya, balik kampung!
Aku adik beradik memang suka balik kampung jumpa tok dan nenek. Seronok dapat tinggal lama kat sana. Dapat makan nasi goreng cili kering + ikan goreng air tangan nek. Perghh, simple tapi sedap dia terasa hingga ke hari ni.
Lagipun, musim cuti sekolah ni lah aku dapat jumpa sepupu sepapat. Mereka pun kena hantar balik kampung. Riuh rendah rumah tok dengan suara kami. Maklumlah pelbagai topik nak dicerita.
Menu pagi kami kuih muih, nasi goreng ataupun roti canai. Lepas makan kami biasanya tengok tv. Zaman dulu kalau nak tengok cerita kartun best waktu cuti sekolah ni lah.
Yang tak nak tengok tv akan buat aktiviti sendiri. Kalau kami tak main congkak, kami main kad, guli, batu seremban, main jadi ninja, nyorok-nyorok atau khemah-khemah. Habis kusyen kerusi dijadikan benteng pertahanan. Lepas main kena susun elok-elok balik dan get ready nak lunch beramai-ramai.
Menu tengahari biasanya kari ikan atau kari ayam, nasi putih dan ikan goreng atau ayam goreng. Mesti renjis tokyu (kicap). Nasi pula panas-panas. Alhamdulillah. Menu zaman 80an dulu, simple. Jarang la nak dapat makan kfc apatah lagi mekdi.
Petang selepas Asar adalah waktu yang dinantikan. Dapat kebenaran keluar bermain! Aku ingat lagi, antara permainan yang kami main ialah teng-teng, lompat getah, galah panjang, polis entry, main siapa jadi mak harimau, baling selipar dan roundas.
Roundas adalah pilihan utama kami jika cukup ahli. Seronok dapat berlari dengan harapan pihak lawan tak dapat tangkap bola dan kami dapat buat larian satu pusingan.
Ada yang menyebutnya sebagai zero point dan ada juga yang memanggilnya lompat getah. Ia boleh dimainkan dengan menggunakan rantaian getah yang dibuat sendiri. Hanya perlu lompat setempat dan fokus supaya tidak terkena tali yang dihayunkan.
Main galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini dimainkan seramai sepuluh orang (boleh berubah-ubah)
Cara main kena elak dari di sentuh penjaga gelanggang. Jika dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran. Penempuh jadi penjaga.
Sebelum senja semua dah kena balik rumah. Mandi dan get ready untuk solat. Atok pun dah ada dirumah waktu tu. Seronok dengar atok dan nek kongsi cerita kehidupan ketika di zaman Jepun. Zaman makan ubi kayu, peristiwa 13May semuanya telah mereka lalui.
Al-Fatihah buat kedua nenda dan atok tersayang.
Picture Via : Stokin Tidur, PJoe
yeeee saya adalah ratu roundas hahahhaha
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!