Kempen Jom Taksir Zakat Bersama Lembaga Zakat Selangor

Kempen Jom Taksir Zakat Bersama Lembaga Zakat Selangor | Bermula dari 15 Jun sehingga 31 Julai 2022 bersempena Bulan Tafsir Zakat. Selepas buat tafsiran dan selesai membayar zakat, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Aku tertarik dengan hadiah saguhati iaitu 10 buah Galaxy Tab A8. Dapatlah aku update artikel dari dalam kereta sambil tunggu anak balik dari sekolah.

Apa yang aku faham, tujuan kempen adalah untuk mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat. Dengan ini ianya mampu memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.

Semoga kebiasaan ini dapat membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun sekaligus menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.

CARA TAKSIR ZAKAT

Bagaimana cara nak taksir zakat? Ada beberapa cara yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Pertama membuat temujanji di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/ untuk bersemuka dengan pihak LZS dan mendapatkan nasihat mengenai cara dan jumlah yang tepat untuk pembayaran zakat ini.

Cara kedua, taksir zakat secara online di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/ Dari sini pilih jenis zakat yang hendak di taksir. Lengkapkan maklumat dan taksiran zakat secara automatic akan anda perolehi sebelum membuat pembayaran.

Cara ketiga, muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store. Melalui aplikasi ini anda boleh bayar, kira, semak rekod bayaran zakat dan semak rekod bantuan zakat anda.

Kempen Jom Taksir Zakat Bersama Lembaga Zakat Selangor

Manakala bagi yang dah pernah ada rekod pembayaran zakat dan ingin menyemak segala status rekod bayaran atau baru ingin membuat permohonan tentang taksiran dan lain-lain pula boleh semak melalui EZO iaitu e-zakat online https://ezo.zakatselangor.com.my/

Tak nak cerita panjang, aku terus share info mengenai kempen anjuran LZS pada tahun ni. Manalah tahu YAMAHA LAGENDA 115Z FI milik anda.

Kempen Jom Taksir Zakat Bersama Lembaga Zakat Selangor

TAKSIR ZAKAT DAN TEBUS BAUCER

Muat Turun & Log Masuk
Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store, kemudian Daftar dan Log Masuk ke akaun anda atau layari jom.zakatselangor.com.my

Taksir & Simpan
Gunakan fungsi "Taksir" di dalam aplikasi Zakat Selangor, buat taksiran jenis-jenis zakat harta dan "Simpan Taksir Zakat". Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.

Dapatkan Baucar KFC
Tebus baucar di cawangan LZS berdekatan dengan anda beserta bukti taksiran anda.
*Selagi stok masih ada. Promosi ini mengikuti garis panduan syariah penganjuran peraduan zakat, Lembaga Zakat Selangor

BAYAR ZAKAT SELEPAS TAKSIR DAN SERTAI CABUTAN KEMPEN JOM TAKSIR ZAKAT

Dah selesai taksir anda hanya perlu membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah. Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan dan setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.

Kempen Jom Taksir Zakat Bersama Lembaga Zakat Selangor

 
AGIHAN ZAKAT KEPADA 8 GOLONGAN ASNAF

Kemanakah wang zakat disalurkan? Kepada siapa? Skop agihan zakat Lembaga Zakat Selangor (MAIS) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’.

Permohonan Agihan Zakat
Setiap permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah. Proses kelulusan permohonan agihan boleh diringkaskan seperti berikut :

LZS terima permohonan borang yang lengkap dari pemohon.
Permohonan zakat akan dibuat semakan berdasarkan kadar had kifayah dan maklumat dimasukkan dalam Sistem Agihan Zakat
Proses siasatan akan dijalankan terhadap permohonan
Pemohon diluluskan/ditolak
Pemohon dikelaskan mengikut asnaf fakir atau miskin
Sekiranya asnaf, bantuan zakat yang bersesuaikan akan diberikan

KLIK untuk Borang Permohonan : https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/permohonan-zakat/

Terdapat 8 golongan asnaf zakat

Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah

Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

Putus bekalan dalam perjalanannya.
Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
Ditinggalkan dalam perjalanan.

Info kredit : https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/penerima-kriteria-penerimaan-zakat/

 

۞ إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةًۭ مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌۭ ۝٦٠

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama