Halia #1 Membantu Meredakan Gejala Batuk Berterusan Dan Kesihatan

Halia #1 Membantu Meredakan Gejala Batuk Berterusan Dan Kesihatan / 

Aku dapat tahu tentang serbuk Halia #1 ni hasil dari kerajinan Ben Ashaari kongsikan testimoni mereka yang dah cuba. Seronok aku membaca pelbagai masalah kesihatan terutama yang berkaitan dengan angin, berkurangan dan beransur baik. Hinggalah satu hari tu, aku pm Ben di whatsapp untuk beli dan cuba sendiri.

Aku bancuh dengan air suam di tambah dengan sedikit madu dan hujung sudu serbuk Halia #1. Kacau sebati dan sedia untuk di minum. Bau serbuk Halia ni wangi, membangkitkan mood dan fresh. Pengalaman aku sendiri, pada hari ke2 aku minum, gejala batuk yang dah berminggu aku alami berkurang. Jika tak sebelum ni, asal bercakap je mesti nak terbatuk.

Aku terus amalkan 2 kali sehari. Secawan pada waktu pagi. Secawan lagi sebelum jam 8 malam. Dan Alhamdulillah, akhirnya gejala batuk yang aku alami hilang. Selain dari batuk hilang, berat badan pun turun gais. Baju dan seluar yang aku pakai pun terasa longgarnya.

Selain minum, aku masukkan juga dalam masakan yang perlu masukkan halia. Cara ini paling mudah untuk bagi anak-anak mendapat manfaat Halia #1 tanpa mereka tahu.

Kelebihan serbuk Halia #1


• 100% serbuk halia tulen.

• Menggunakan halia mentah terpilih dari Banjaran Crocker dan Banjaran Titiwangsa.

• Ditanam oleh para petani yang menanam halia secara tradisional sejak berabad lamanya.

• Halia ditanam di atas tanah yang tidak pernah ditanam apa-apa sebelumnya. Jadi tanah bebas daripada penggunaan bahan kimia.

• Diproses dengan teknologi terkini bagi mengekalkan khasiat semulajadi.

• Lebih kurang 12 kilogram halia segar dikisar untuk mendapatkan 1 kilogram serbuk halia. Jadi untuk setiap botol 40 gram memerlukan 480 gram halia segar.

Halia #1 Membantu Meredakan Gejala Batuk Berterusan Dan Kesihatan


Mencegah kuman dalam tubuh badan

Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman. Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.

Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selsema dan batuk.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda awal demam, selesema atau batuk, maka bolehlah anda gunakan tumbuhan ini sebagai “home remedy” atau rawatan di rumah.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam ia setelah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari sehingga simptom mulai kebah.

Menguatkan imunisasi tubuh badan

Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan.

Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.

Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol. Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

Halia boleh membantu sistem penghadaman

Salah satu manfaat halia ialah berkaitan sistem penghadaman. Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’.

Ia merupakan bahagian pada tumbuhan ini yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia. Selain itu, ia juga mampu melegakan sembelit, kekejangan dan kembung perut yang disebabkan oleh gastritis.

Jadi, kita boleh cuba ambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu sistem penghadaman.

Manfaat halia: Mengurangkan pening kepala kronik

Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebusnya di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil.

Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pening kepala.

Kebaikan halia: Memastikan kitaran darah normal

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang mampu membantu meningkatkan kitaran darah dan mampu membantu mencegah kita daripada demam dan mengalami peluh yang berlebihan.

Dalam satu kajian kecil yang dilakukan, menyatakan tumbuhan ini mungkin dapat membantu tubuh badan untuk menggunakan insulin dengan lebih baik. Ia juga dikatakan dapat membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.

Menurut pengkaji yang lain pula, dikatakan halia mungkin dapat membantu tubuh badan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah. Ini sekali gus dapat membantu mencegah individu daripada mengalami sakit jantung.

Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut

Walaupun kajian mendapati tiada bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan halia dalam mencegah mabuk perjalanan dan mabuk laut, ramai yang percaya bahawa mereka berasa lebih baik jika mereka mengambil tumbuhan ini sebelum memulakan perjalanan.

Walau bagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa tumbuhan ini mungkin lebih berkesan daripada Dimenhydrinate – ubat yang biasa digunakan untuk melegakan sakit perut dikaitkan dengan mabuk.

Halia #1 Membantu Meredakan Gejala Batuk Berterusan Dan Kesihatan
Nak cuba serbuk Halia #1 ➡️ PM aku di sosial media.
More info di Instagram : Halia#1

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama