Premium Lotus Biscoff Cookies

Resipi Premium Lotus Biscoff Cookies dari Azlina Ina | Masih terasa kesedapan Biscoff Cheesecake. Ini tertengok pula gambar biskut / cookies Biscoff. Koleksi resipi biskut raya dari Azlina Ina memang menjadi jika korang ikut sukatan dan bahan dengan betul. Aku siap buat jual beberapa jenis biskut raya guna resipi dia. Tapi itu cerita beberapa tahun yang lalu. Sejak 3 tahun lepas, aku dah malas nak buat biskut. Terasa lebih nak membeli daripada rakan-rakan. Sedikit sebanyak, dapatlah sokong bisnes mereka. Aku? InsyaAllah, rezeki tu kan ketentuan dariNYA.

Aku lebih suka memilih Ramadan aku dalam suasana tenang tanpa serabut kejar masa nak bakar biskut dan kek. Dalam masa yang sama terfikir apa nak masak untuk berbuka dan sahur kelak. Sempat ke nak buat popia goreng dan agar-agar mangga. Stress oii jika masa banyak dihabiskan didapur. Memang factor usia sungguh aih.

Premium Lotus Biscoff Cookies

Bahan
500g pure butter tartura salted
1 sb esen vanilla
2 tbsp spread biscoff
175 gram icing sugar
320 gram tepung jagung
360 gram tepung gandum red rose
¼ cup crumbs biscoff

Caranya
1. Satukan butter+gula+spread biscoff dan mix sebati
2. Tambahkan semua tepung dan crumbs. Gaul sebati
3. Bentukkan adunan guna acuan. Tekan sedikit di tengah adunan dengan jari kelingking. Paipkan sedikit spread dan tabur crumble.
4. Bakar pada suhu 180 masa 20-25 minit atau sampai bahagian bawah keperangan.
5. Siap. Nak buat jualan atau makan sendiri pun boleh.

Selamat membiskut mengukis gais.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama