Sebenarnya dah lama Hud teringin nak cuba ice cream cone di IKEA. Tapi hasrat tu terpaksa ditangguh bila terlihat panjangnya barisan di mesin ice cream. Kami sekeluarga pula mengejar masa. Aku tinggal di dalam pulau di Pulau Pinang. Perlu segera meninggalkan IKEA Batu Kawan, Penang untuk elak terperangkap dalam trafik jem.
Hinggalah suatu hari, mak aku ajak ke IKEA. Mak plan nak tukar baru meja makan dan rak tv. Kebetulan masa tu cuti sekolah. Jadi bolehlah kami memilih dan buat kira-kira dengan aman.
Selepas makan pagi dan selesai kemas rumah, kami ke IKEA. Tips tak nak anak meragam ketika kita perlu berada lama di sesuatu tempat seperti di IKEA ialah pastikan anak dah makan. Bila perut anak kenyang, mood mereka akan ceria.
Hurm, satu lagi pastikan anak sihat. Kalau anak sakit, adalah lebih baik rehatkan anak dirumah. Tangguhlah dulu perancangan. Kalau terdesak sangat, mungkin suami atau isteri sahaja yang keluar. Buat 'video call' semasa sesi memilih barang idaman.
Sebab aku pernah jumpa anak-anak bertampal 'cool fever' didahi ikut mak ayah shopping barang keperluan. Sorang batuk, sorang bersin. Sorang lagi dah mula meragam. Mungkin nak tidur di sebabkan badan perlu rehat ketika sakit.
Kami plan nak bertolak awal sebab nak balik sebelum masuk waktu Zohor. Nak elakkan bersesak dengan orang ramai pun iya juga. Maklumlah, cuti sekolah. Aku dah dapat bayangkan bagaimana sesaknya jika kami pergi ke sana lewat.
IKEA buka pukul 10 pagi. Kami sampai lebih kurang jam 10.15. Leganya hati dapat parking di lot parking untuk keluarga. Dan parking pun masih banyak yang kosong.
Seronok Hud dapat habiskan masa melihat idea dekorasi yang pelbagai. Takde dah dia merengek nak mainan atau patung sebab dia dah darjah 2. Dah besar. Mainan yang ada semua untuk budak kecil. Kata dia lah. (Fuh... selamat duit mak ayah dia.)
Selesai pilih dan bayar, anak-anak minta nak ice-cream. Teruja nak beli di vending mesin ice-cream. Kon ice-cream perlu dibeli di kaunter. Dapatlah kon kosong dan token untuk digunakan di mesin nanti.
Mula-mula letak kon di tempat letak kon ice-cream. Kemudian, masukkan token di slot. Tekan butang dan tunggu hingga selesai kon di isi ice-cream. Itu semua aku biarkan anak-anak buat sendiri. Tengok dulu macam mana orang buat dan ikut.
Bagi mereka yang tercari dairy and gluten-free ice-cream dan suka soya seperti aku, memang akan cakap soy ice-cream IKEA ni sedap! Rasa manis soya seimbang. Lain orang lain definasi rasa sedap. Kan.
Yang tak minat soya, jangan bising-bising. Keluar je dari IKEA, terus la ke drive-true di McD untuk dapatkan ice-cream pilihan anda.
Nampak sedap tu. Boleh try juga nanti sebab selalu jugak ke Ikea survey2 barang hehe
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!