Salam Ramadhan 2022

Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita direzekikan dengan kesihatan yang baik. Bila diri sihat, selesalah badan nak berhadapan dengan rutin harian. Takdelah rasa lemau, tak bertenaga dan yang seangkatan dengannya. Korang doakan aku sentiasa sihat juga ya.

Baru-baru ni aku scroll fb, tumpang gembira melihat persiapan rakan media sosial nak sambut Ramadhan. Ada yang dah settle beli baju raya. Ada yang close order tempahan biskut raya. Dan ada yang dah selesai borong kerepek dan biskut raya.

Hari ni 1 April 2022, Malaysia dah mula beralih ke fasa Endemik. Beberapa SOP dimansuhkan tapi jangan lalai. Tetaplah pakai face setiap kali berada di luar. Terutama bila bawa anak kecil ke tempat tumpuan orang
ramai.

Scroll punya scroll aku tersuka ceramah terkini Ustaz Shamsuri Ahmad di page Zonkuliah. 20 checklist amalan sepanjang 30 hari Ramadan. Bila dah disenaraikan, barulah nampak apa yang perlu dibuat dengan jelas.
  • Bangun sahur. Pada sahur ada keberkatan.
  • Solat Tahajud 2 rakaat sebelum bersahur.
  • Solat Qabliyah Subuh. Lebih baik dari dunia dan isi yang ada didalamnya.
  • Solat Subuh berjemaah. Paling cantik ke masjid tapi adakan hari berjemaah bersama keluarga dirumah.
  • Baca al-Quran 4ms selepas solat Subuh.
  • Solat Dhuha 2 rakaat (paling kurang) berazam tak nak tinggal sepanjang Ramadhan ni.
  • Solat Qabliyah Zohor 4 rakaat.
  • Solat Zohor berjemaah.
  • Solat Ba'diah Zohor 4 rakaat. Baca al-Quran 4ms selepas solat.
  • Solat Qabliyah Asar 4 rakaat.
  • Solat Asar berjemaah.
  • Solat Ba'diah Asar 4 rakaat.
  • Baca al-Quran 8ms jika plan tak nak baca selepas maghrib nanti.
  • Buka puasa on-time.
  • Solat Maghrib berjemaah.
  • Solat Ba'diah Maghrib 2 rakaat.
  • Solat Isyak berjemaah.
  • Solat Ba'diah Isyak 2 rakaat.
  • Solat Tarawih 8 rakaat. Ikut ikhlas diri sendiri.
  • Baca al-Quran 4ms selepas Tarawih.
Semoga Allah menjadikan Ramadhan kali ni Ramadhan yang paling baik dalam hidup kita. Salam Ramadhan 1443H

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama