Kali ni aku nak share pengalaman beli kelengkapan sekolah anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Di Penang, hanya terdapat satu cawangan dan ianya terletak di Sungai Dua, Butterworth.
Perjalanan dari Bayan Lepas ke Sungai Dua mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam (bergantung pada situasi trafik terkini) Kami sampai dalam jam 11 pagi. Tempat parking masih banyak yang kosong dan rezeki aku dapat parking di tepi kedai.
Anak-anak teruja melangkah masuk ke Hari-Hari. Pekerja pun ramah bertanya kelengkapan apa yang kami cari. Susun atur barang memudahkan pelanggan mencari dan buat pilihan.
Lapang hati mak mak bila melihat deretan uniform untuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama tersusun rapi. Uniform pengawas pun ada. Lega rasa sebab aku tak perlu ke beberapa kedai seperti sebelum ini.
Baju, seluar, kain, botol air, beg, alatulis, stokin, tali pinggang, singlet, tudung, songkok dan lain-lain keperluan sekolah semuanya terletak di tingkap bawah. Stok pakaian masih banyak dan saiz yang aku minta masih ada.
Kualiti kain pun elok dan cantik. Harga pula mampu beli. Murah dan berkualiti. Untuk seluar sekolah menengah, ada dua jenis potongan samada nak potongan seluar jenis biasa atau fit di kaki.
Anak aku pilih jenis biasa walaupun aku dah suruh dia pilih jenis fit. Biar melangkah penuh gaya. Kalau tersalah beli size, boleh tukar tak? Boleh. Dalam masa 7 hari dan jangan cabut tanda harga. Dan sila bawa resit belian.
Nak beli secara online pun boleh. Boleh beli di www.ehari.com dan dapatkan 10% discount untuk belian kelengkapan sekolah berharga RM10 dan ke atas. Kempen Back To School dah bermula sekarang sehingga 31 Mac 2022.
Kat Shopee ada tak? Ada. Log in dan follow akaun Shopee harihari_ Ada diskaun 10% untuk semua barang keperluan sekolah yang bernilai RM10 dan ke atas sempena Kempen Back To School. Dan penghantaran percuma dari Shopee untuk belian RM15 ke atas. Jangan lupa claim dengan Shopee.
"Marilah pergi Hari-Hari!" yang ada 90 cawangan di seluruh Malaysia. Sebelum pergi, aku semak cawangan terdekat di www.hari.com.my/locator Aku suka beli awal sebab tak suka bersesak di saat akhir. Beli ganti sebab saiz sebelum ni dah tak muat.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!