Body Scrub Naturals by Watsons

Suatu hari tu aku masuk Watsons untuk borong barang keperluan bulanan seperti pencuci muka, pelembap muka, micellar cleansing water, Skin Aqua Super Moisture Gel dari Sunplay, Scrub muka dan vitamin. Aku suka borong waktu Watsons buat sales. Kaw kaw punya potongan harga untuk pembeli. Keluarga happy dapat barang idaman, poket pun jimat.

Satu persatu barang keperluan aku ambil dan masuk ke dalam bakul. Entah macam mana boleh terpandang rak produk Naturals by Watsons. Ada diskaun pula tu. Terus aku teringat scrub badan di rumah yang dah tinggal separuh. Apa salahnya beli sementara tengah murah. Benda memang nak guna. Pilih punya pilih, bau yang itu dan ini, akhirnya Prestige Rose menjadi pilihan aku. 

Bau French Rose "Queen Of Flowers" lembut, wangi dan terkenal dengan softening powers. Tenang je rasa masa sental tangan dan kaki. Wangi satu bilik mandi. Satu jar tu tahan 2 bulan sebab anak aku pun kongsi guna. Produk bebas dari paraben, triclosan, colourants, SLES, SLS, mineral oil, silicones, lanolin, gluten dan benzophenone. 

Scrub ni juga mengandungi Juglans Regia (Walnut) Shell Powder. Halus dan syok scrub sambil bayangkan semua kotoran dan sel kulit mati tertanggal. Kulit kembali lembab, lembut dan sihat. Tapi scrub ini tidak sesuai untuk kulit wajah. 

Aku guna seminggu dua kali. Lepas scrub sapu losyen terutama pada tangan. Sebab siang hari tangan dah terdedah dengan bahan pencuci pinggan mangkuk, hand sanitizer dan bahan pencuci baju.

Adakah aku akan beli lagi scrub ni? Yes. Aku dah beli untuk jar yang ke 3. Aku masih kekal dengan Prestige Rose. Anak aku sorang pilih Argan sorang lagi pilih Blood Orange. Beli masa Watsons buat sales!


6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Wow... best nyer nampak body scrub Naturals nie. Bau rose tu mesti harum kan. Would like to try it. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  2. Lamanya tak beli yang ni, dulu rajin beli, wangi gilerrr... nanti nak belilah, bau lavender pun sedap...

    BalasPadam
  3. suka dengan brand ni.... wangi sangat... bila pakai mmg best..

    BalasPadam
  4. Mwsti bau rose kan. Suka masuk watson juga time sale.. Hehee.. Borong macam2

    BalasPadam
  5. It's good to apply body with the aroma of rose. I will buy it for my mother for mothers day.

    BalasPadam
  6. Thank you share, tak pernah cuba lagi jenama ni. boleh cuba scrub ni nanti

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama