Diffenz Junior dari Eskayvie

Terima kasih kepada kbba9 sebab sponser sebotol Diffenz Junior dari Eskayvie. Kami sebulat suara memilih kesihatan sebagai reward tahunan untuk tahun ini. Dengan situasi pendamik yang masih belum reda, kita jangan leka dan sambil lewa bila tiba bab kesihatan.

Selain menjaga pemakanan, pengambilan supplement perlu untuk menyokong sistem imun dan tumbesaran anak-anak. Selalunya aku beli suplemen samada di Watsons, Guardian, Georgetown Farmasi atau secara online.

Masa Hud dapat vitamin (panggilan Hud untuk suplemen) dia baru sembuh dari demam, sakit tekak dan selsema. Ubat dah habis tapi selsema masih belum betul-betul hilang. Suara Hud masih sengau. Aku pun bagilah Hud makan Diffenz Junior 2 biji siang dan 2biji malam (ikut berat badan anak) sebagai ikhtiar.

Dan Alhamdulillah, selepas beberapa hari, Hud sembuh sepenuhnya dari selsema. Sengaja nak share dengan korang Diffenz Junior ni adalah gabungan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu.

Gabungan bahan ini memudahkan pengguna untuk mendapat kebaikan 6 bahan dengan mudah dan pada harga yang murah. Bersama ini aku sertakan sekali manfaat setiap bahan yang ada dalam Diffenz Junior.

Diffenz Junior dari Eskayvie

Multivitamin Dan Mineral

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini sebenarnya kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).

Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.

Kolostrum

Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.

Vitamin C dan vitamin D

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin meningkat dan pengambilan yang lebih kurang daripada yang sepatutnya. Kajian di Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan.

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan berisiko terdedah kepada jangkitan.

Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Bukan hanya itu, vitamin D juga penting untuk tumbesaran anak-anak, terutamanya untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup.

Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. Bagaimanapun, vitamin D tidak semudah yang disangkakan kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.

Cendawan Susu Harimau

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar.

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk.

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.


Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama