Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 3

Sejumlah 3.8 juta penerima kategori miskin dan berpendapatan rendah B40 akan mula menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 sebanyak RM300 pada Isnin ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu adalah seperti dijadualkan selepas pemberian bantuan berkenaan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah diselesaikan pada bulan September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada hampir 10 juta penerima.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata, semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

Beliau menjelaskan, untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran BKC akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank.

Bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) pula akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bank berkenaan akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut BKC boleh dirujuk melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 3

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama