Tunaikan Zakat anda bersama Lembaga Zakat Selangor di Mesin ATM Public Bank

Kesan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi sepanjang tempoh 'lockdown' PKP 3.0 yang lepas, ramai yang hilang pekerjaan dan terjejas sumber pendapatan.

Aku sendiri menyaksikan beberapa perniagaan terpaksa ditutup terus kerana sudah tidak mampu untuk membayar sewa tapak niaga dan gaji pekerja. 

Perniagaan yang masih bertahan pula, ada majikan hanya mampu membayar separuh gaji dari jumlah penuh yang diterima setiap bulan. Ini sahaja solusi yang ada buat masa itu. Dan itu lebih baik dari terus hilang pekerjaan.

Mereka yang terkesan ini ramai yang menjadi asnaf baharu dan menerima bantuan dari pusat zakat. Dan jumlah penerima bantuan zakat yang terdiri daripada ketua keluarga meningkat pada tahun 2020.

Tunaikan Zakat anda bersama Lembaga Zakat Selangor di Mesin ATM Public Bank

Bagi yang masih bekerja dan berpendapatan tetap, bersyukurlah kerana masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Dan aku sarankan untuk bayaran zakat pada tahun ni, apa kata bayar zakat di Lembaga Zakat Selangor. 

Ini kerana dengan cara tersebut, asnaf akibat pkp seperti kakitangan swasta, penjaja kecil, berniaga sendiri dan pekerja harian, dapat menerima bantuan secara berterusan setiap bulan hasil dari bayaran zakat kita.

Bayar zakat di mesin ATM Public Bank 

Mereka yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa di Public Bank dan pemegang PR Card ATM, boleh membayar zakat di mesin ATM tanpa perlu ke kaunter zakat. 

Transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) boleh dibuat di mana-mana cawangan samada di sekitar Lembah Klang atau Negeri Selangor Darul Ehsan. 

Pembayar yang membayar melalui ATM Mesin dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.

Setiap pembayaran zakat melalui intitusi zakat yang dilantik juga akan disertakan resit bayaran yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pengecualian cukai.

                              Jom Tunai Zakat Menang & Kongsi 2021

Selepas bayar zakat, jangan lupa sertai Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi" yang akan berakhir pada 31 Disember 2021 nanti. Kali ini pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama rakan sinergi Tabung Haji (TH). Hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi. Link penyertaan : https://my2point5.zakatselangor.com.my/

Jom tunai zakat menang dan kongsi

Hadiah Utama untuk peraduan Jom Tunai Zakat, Menang & Kongsi 

1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM5000 

Hadiah Kedua
1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM3000 

Hadiah Ketiga
1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM2000 

Hadiah Keempat 
1X Simpanan Tabung Haji bernilai RM1000 

Hadiah Saguhati
10X Simpanan Tabung Haji bernilai RM600

Hikmah rukun Islam ke lima ini mampu membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat, mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada dan mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.

Zakat di hati

No Telefon  
1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)


1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama