Masalah kesihatan seksual wanita

Kesihatan tiada kompromi terutama untuk mereka yang bergelar wanita. Tahukah anda, bersenam membantu melewatkan proses penuaan dan awet muda? Kenyataan yang mampu buat aku dan ramai wanita lain tersenyum lebar.

Apabila bersenam, tubuh badan akan berpeluh. Peluh yang keluar semasa berpeluh akan mengeluarkan toksin dari tubuh badan. Salah satu kesan jika toksin berlebihan dalam badan ialah wajah kelihatan tua dari usia sebenar.

Jadi walau sesibuk mana pun urusan harian aku, aku akan adakan masa untuk bersenam. Dulu aku suka ‘Brisk Walking’ bersama Encik Suami. Kalau tak brisk walking, kami akan berbasikal ke Gertak Sanggul sambil menikmati pemandangan laut yang membiru dan bukit bukau yang menenangkan.

Namun sejak kes Covid-19 meningkat semula dan tak semua manusia bertanggungjawab dengan diri sendiri (positif pun masih keluar ke sana ke sini) kami pilih untuk bersenam di rumah. Ada pelbagai jenis senaman. Pilih mengikut keupayaan diri.

Bila tubuh badan sihat dan cergas, urusan harian mampu dilaksanakan dengan lebih selesa dari segi fizikal dan mental. Senaman yang dilakukan secara berterusan mampu membantu mengurangkan stress, kemurungan dan rasa amarah. Pengeluaran hormon endorfin mampu memberikan rasa bahagia. Bila rasa bahagia, seseorang itu mampu tenang, tersenyum dan ketawa. Tidak mudah marah. Kesihatan dalaman yang normal mampu memberikan aura positif dan penting untuk isteri, suami, keluarga dan rumahtangga yang bahagia.

Baca juga : Tanda Awal Hamil 

Banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah kesihatan wanita terutamanya masalah seksual seperti kemurungan, tekanan dalam kehidupan, letih dan penat bekerja, ubatan, penyakit kronik, jangkitan salur peranakan, persekitaran yang boleh menyebabkan masalah seksual dan hormon tak stabil.

Masalah kesihatan seksual wanita

Sebagai contoh, pengambilan pil perancang. Sebenarnya pil ini sangat selamat untuk wanita namun ia tetap datang dengan beberapa kesan sampingan dan risiko. Hal ini kerana setiap wanita akan memberikan tindak balas berbeza dengan hormon yang ada dalam pil tersebut.

Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah kurang nafsu seks, pening, pendarahan diantara tempoh haid, rasa sakit pada payudara. Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut, ia mungkin akan beransur-ansur menjadi lebih baik selepas beberapa bulan penggunaan pil.

Namun, seandainya ia berlarutan, lebih baik anda berjumpa dengan doktor. Antara saranan mereka nanti adalah menukar jenis pil perancang atau jenama pil perancang yang anda gunakan.

Masalah kesihatan seksual wanita

Sebagai wanita, anda perlu tahu bahawa bukan semua pil sesuai untuk anda gunakan. Apa yang paling penting untuk anda lakukan adalah berbincang dengan doktor anda berkenaan pilihan mana yang terbaik untuk anda. Antara perkara yang anda boleh pertimbangkan adalah:
  • Simptom kitaran haid anda
  • Samada anda menyusu badan atau tidak
  • Tahap kesihatan kardiovaskular anda
  • Keadaan kesihatan kronik anda yang mungkin anda ada
  • Jenis ubatan lain yang anda mungkin ambil
Baca juga : Payudara Bengkak 

Dan tak semua masalah kesihatan seksual wanita boleh diselesaikan dengan jamu dan minuman ketat penambah ghairah kekal muda. Seperti masalah kesan sampingan pil perancang di atas, masalah kurang nafsu seks mungkin dapat di atasi selepas menukar kepada pil yang bersesuaian.

Makan Makanan Bagus Untuk Kesuburan Wanita

Walaupun tiada makanan untuk kesuburan wanita agar cepat hamil secara spesifik, pengambilan makanan yang sihat sebenarnya mampu untuk membantu. Hal ini kerana badan anda memerlukan nutrien kalsium, protein dan zat besi yang mencukupi. Anda boleh dapatkan ke semua ini daripada

Lean protein
Wholegrain
Sayur
Produk tenusu
Sumber lemak yang sihat

Selain itu lebihkan juga makanan yang mengandungi folic acid dan vitamin B. Lebihkan juga makanan sunnah untuk kesuburan wanita kerana makanan sunnah mengandungi banyak khasiat yang sangat baik untuk kesuburan dan kandungan anda.

Asap Rokok – Menjejas Kesuburan Wanita

Jika anda merokok, ia akan memberikan kesan yang lebih teruk terhadap kesuburan anda. Begitu juga untuk pasangan anda. Bahan kimia yang ada didalam asap rokok seperti nikotin dan karbon monoksida akan mempercepatkan kadar kemerosotan kualiti telur wanita, menurut American Society for Reproductive Medicine. Merokok juga akan mempercepatkan proses penuaan ovari dan akan mengurangkan bekalan telur wanita.

Masalah kesihatan seksual wanita

Tahu Bila Untuk Dapatkan Pertolongan

Baik isteri mahupun suami perlulah tahu bila anda perlu dapatkan penilaian tahap kesuburan jika wanita sudah berusia 35 tahun keatas. Ia juga haruslah apabila pasangan tersebut telah melakukan seks secara kerap tanpa menggunakan pil perancang dalam tempoh 6 bulan.

Jika anda berusia bawah 35 tahun dan masih belum berjaya mendapatkan zuriat walaupun telah melakukan hubungan seksual secara kerap dalam tempoh satu tahun, jumpalah pakar kesuburuan. Ada kemungkinan anda atau pasangan anda mengalami masalah ketidaksuburan.

Bagi kes kesuburan wanita selepas bersalin pula, ia bergantung kepada tahap kesuburan dan kesihatan wanita selepas bersalin.

Ada yang terjejas dan ada juga yang kekal sama dan boleh terus hamil selepas bersalin. Mungkin sukar untuk anda temukan dalam kalangan pasangan moden tapi jika anda lihat atuk nenek kita, ramai anak-anak mereka yang jaraknya selang setahun sahaja.

Baca juga : Krim Payudara

Ada banyak lagi topik menarik di IsteriSihat.com.my dari pelbagai pakar serata bidang sexual health wanita. Nasihat, tips dan panduan yang ringkas lagi padat. Dari sekecil-kecil masalah kitaran haid sehinggalah penyakit kronik seperti kanser serviks, kanser payudara dan lain-lain. Semuanya dibincangkan di Facebook mereka https://www.facebook.com/IsteriSihat

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama