Namun selepas aku ikuti taklimat mengenai Al-Riqab ternyata sangkaan aku tersasar jauh. Kini baru aku faham dan jelas cara dan bagaimana bantuan zakat akan di salurkan.
Sebenarnya tujuan bantuan bukanlah untuk
mereka teruskan hidup mereka sebagai apa yang telah mereka pilih. Tetapi
bantuan diberi selama mereka menjalani proses pemulihan untuk
memerdekaan diri dari dibelenggu dengan masalah sosial sediada.
Usaha murni oleh pihak MAIS wajar
kita contohi. Jika ada rakan, kenalan, saudara mara yang perlukan bantuan
walaupun berapa luar dari Selangor, boleh hubungi MAIS. Semoga semakin ramai dapat diselamatkan dan berjaya membebaskan diri dari gejala sosial, akidah
dan kembali kepada fitrah. Berikut aku sertakan info mengenai Al-Riqab.
APA ITU AL-RIQAB
Definasi Al - Riqab mengikut fatwa Negeri Selangor.
Riqab adalah seorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya. Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor 2009.
Al-Riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud,
" Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
JENIS PENERIMA ASNAF AL-RIQAB
KATEGORI MASALAH SOSIAL
- Penagih dadah
- Bekas penagih dadah
Terbelenggu Dengan Masalah Jenayah Syariah
- Minum arak
- Zina
- Judi
- Khalwat
- Muncikari (Ibu Ayam)
- Sumbang mahram
- Buang anak
- Mengandung luar nikah
- Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan islam
- Persetubuhan haram
- Mempersendakan Al Quran dan Hadis
- Dan lain lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995
Terbelenggu Dengan Amalan Salah Islam
- Tidak solat
- Tidak puasa
- Buang anak
- Usaha ingin bunuh diri
- Hidup bersama pelacur
Terbelenggu Dengan Gaya Hidup Songsang
- Pelacur
- Lesbian
- Gay
- Maknyah
- Tomboy
- Gigolo
- Pengkid
- Homoseksual
- Biseksual
- Gangster
- Jenayah melibatkan harta benda
- Kes rompakan
- Pergaduhan yang melibatkan kecederaan
- Pecah rumah
- Kes rogol
- Jenayah yang melibatkan senjata berbahaya
- Ugutan yang melibatkan keganasan
- HIV / AIDS
- Hepatitis
- Kanser
- Tibi
- Lain lain
- Doktrin palsu
- Mengaku menjadi Nabi
- Menghina islam
- Pemujaan salah
- Mempersendakan Al Quran dan hadis
Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong
- Orang yang ingin atau berhasrat murtad
- Orang yang dalam proses beristitabah
KRITERIA PENERIMA BANTUAN ASNAF AL-RIQAB
Antara kriteria yang di ambil kira dalam pemberian bantuan kepada asnaf Al - Riqab ialah;
2. Tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
3. Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain.
4. Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.
5. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.
JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN KEPADA ASNAF AL-RIQAB
Berikut adalah jenis jenis bantuan yang diberikan kepada asnaf Al - Riqab;
1. Bantuan sewa rumah2. Bantuan bulanan
3. Bantuan perubatan
4. Bantuan modal
5. Bantuan sumbangan program atau aktiviti
6. Bantuan guru pembimbing
7. Bantuan firma guaman
8. Bantuan individu terkesan
9. Bantuan pengurusan jenazah
10. Bantuan pemulihan asnaf di RPR
11. Bantuan sumbangan hari raya
PELAKSANAAN ASNAF AL-RIQAB DI NEGERI SELANGOR
Pelaksanan asnaf Al-Riqab di negeri Selangor telah di
tubuhkan melalui sektor pembangunan sosial dan penyediaan terperinci
dilaksanakan oleh Bahagian Pemulihan Riqab yang diketuai oleh ketua bahagian
pemulihan Al-Riqab.
Bahagian Pemulihan Al-Riqab terbahagi kepada beberapa unit penting yang membawa visi;
Membangunkan asnaf Al-Riqab ke arah mendapatkan
keredhaan Allah
Dan Misi;
Menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dalam aspek pendaftaran, perawatan, pemulihan, perlindungan, pengawalan secara menyeluruh dan berkesan kepada asnaf Al - Riqab berlandaskan Al Quran dan As Sunnah
• Membangun dan melaksana modul Riqab dengan teratur dan
berkesan.
• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar bagi
membebaskan asnaf Riqab.
• Membebaskan mereka yang terjebak dalam masalah sosial
dan akidah agar kembali bertaubat.
• Mengawal selia Rumah Pemulihan Majlis serta menyelaras
Rumah Pemulihan Riqab.
• Mencegah penularan penyakit sosial dan akidah di kalangan masyarakat islam.
Pelan strategi bahagian pemulihan Al-Riqab terdiri daripada;
Pendaftaran : Mendaftarkan asnaf Al - Riqab dan Rumah pemulihan Al - Riqab dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Rawatan : Merawat pelatih melalui dua cara iaitu rawatan rohaniyah dan rawatan secara klinikal.
Bantuan : Memberi sokongan material agar mereka dapat meneruskan kehidupan secara normal.
Kawalan : Mengawal dan mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah maksiat dan murtad.
Pemulihan : Memulihkan akhlak dan emosi pelatih melalui modul yang bersepadu dari segi fizikal, intelek, emosi dan rohani.
Perlindungan : Melindungi para pelatih di tempat yang selamat bagi memastikan penyakit yang membelenggu pelatih tidak merebak kepada orang lain dan boleh di rawat.
Program pemulihan terdiri daripada beberapa fasa iaitu;
Fasa 1 : Pelaksanaan ziarah ke rumah asnaf atau
lokasi pilihan asnaf.
Fasa 2 : Pelaksanaan program repo dan program penghayatan islam.
Fasa 3 : Pelaksanaan kelas bimbingan berjadual, rawatan dan pemulihan.
Fasa 4 : Taubat terpimpin dan latihan sebagai
pendakwah (ikon).
Pelan Pemulihan MAIS Dalam Membantu Mengekalkan Kepulihan Asnaf Al-Riqab
1. Pemulihan melalui program I'laj & Rehan secara berkala dengan kerjasama;
- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan
- Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan
3. Bimbingan agama secara berjadual setiap minggu kepada asnaf Al-Riqab yang berada di luar pusat.
4. Sokongan dan kesedaran kepada keluarga yang mempunyai waris yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
5. Bimbingan kepada keluarga asnaf Al-Riqab supaya redha dan prihatin kepada ahli keluarga yang tergolong sebagai asnaf Al - Riqab
6. Bantuan rawatan spiritual islam dan rawatan klinikal melalui pusat - pusat rawatan yang di iktiraf.
PROGRAM YANG DI JALANKAN OLEH PIHAK MAIS UNTUK ASNAF AL-RIQAB
Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pihak MAIS untuk asnaf Al - Riqab. Antara program - program yang dijalankan menggunakan tiga modul iaitu Modul Istitabah, Modul Transformasi Insan dan Modul Pemulihan Komuniti DiSayangi (LGBT) adalah;
1. Program kaunter pameran dan penerangan bahagian pemulihan Al - Riqab MAIS.
2. Program temuseru asnaf riqab (mak nyah)
3. Program Mukhaiyyam asnaf riqab (mak nyah).
4. Program temusahur asnaf Al - Riqab.
5. Kelas bimbingan agama.
6. Rawatan spiritual islam.
7. Program tautan mahabbah.
8. Ziarah ke rumah.
9. Program penghayatan islam
10. Agihan bantuan sempena menyambut syawal.
11. Kelas bimbingan fardu ain.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!