Pencuci muka Azyma Care  Clay Soap-Free Purifying Gel

Dah masuk sebulan lebih dah aku guna pencuci muka Clay Soap-Free Purifying Gel. Dan sebotol 50ml ni mampu bertahan sebulan lebih. Aku guna dengan penuh cermat pencuci muka berkualiti premium ni. Caranya (klik untuk lihat video) pam sedikit ke tapak tangan yang dah basah. Kemudian, buihkan dan sapu ke muka. Urut perlahan ke seluruh wajah. Akhir sekali bilas bersih.

Selepas bilas, wajah memang bersih, lembap, tak kering dan rasa fresh jer. Kulit wajah dah kurang berminyak. Makeup pun tahan lama walaupun aku makeup simple. Aku just guna pelembap, primer, CC Cream with foundation coverage dan loose powder ketika perlu keluar untuk top-up barang dapur. Dan memang happy bila tengok makeup tahan lama.

Pencuci muka Azyma Care

Azyma Care masih mengekalkan 5 bahan premium mereka iaitu Kaolin Clay, Chamomile, Lavendar Oil, Timun dan Lidah Buaya. Dan untuk pencuci muka, Royal Jelly dan Bee Propolis telah dimasukkan untuk manfaat wajah.

Tanah Liat Kaolin -  Kaolin Clay atau Tanah Liat Kaolin salah satu bahan yang ada dalam pencuci muka ini mempunyai sifat penyerapan semulajadi yang dapat mengurangkan minyak pada liang-liang kulit.

Chamomile - Chamomile secara semulajadi menjadikan kulit yang terasa lembut, bersih, sihat, dan juga boleh melegakan keradangan pada kulit.

Lavendar Oil - Aroma kesegaran lavender memberi kesan yang menyenangkan pada tubuh dan secara semula jadi melegakan ketegangan.

Timun - Mengekalkan penghidratan air dalam kulit dan membantu badan membuang toksin secara semulajadi dan mengekalkan kulit yang sihat.

Lidah Buaya - Termasuk beta karotena, vitamin C dan E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan semula jadi kulit dan mengekalkan kesegaran kulit dari terhidrat.

Pencuci muka Azyma Care

Antara manfaat Royal Jelly dan Bee Propolis untuk kulit wajah

Royal Jelly mengandungi antioksidan yang melawan tanda-tanda penuaan. Mampu meremajakan kulit, mengetatkan liang, ia juga menghilangkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan memberikan sinaran yang sihat kepada kulit anda. 

Selain untuk kecantikan kulit, Royal Jelly juga berkesan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat. Ia mengandungi sifat anti-radang yang mengurangkan keradangan, menghilangkan bakteria, dan membaiki kulit. 

Manakala antara manfaat Bee Propolis dapat menenangkan kulit sensitif, melembap dan melembutkan serta mampu mengawal pengeluran minyak berlebihan di wajah. Gabungan tiga bahan utama ini membantu menyihatkan dan membaiki kulit wajah.

Lelaki boleh pakai ke? Boleh. Pencuci muka yang telah mendapat ‘Hypoallergenic Tested’ ni juga sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk kulit wajah sensitive seperti aku. Bila kulit wajah semakin sihat, minyak di wajah terkawal, masalah wajah seperti kulit kering, jerawat dan kegatalan turut sama terawat. Slowly but surely, Insya Allah.

Produk ini telah mendapat Sijil HALAL , Dermatologist Tested dan Hypoallergenic. 

• TIADA PARABENS 

• TIADA SLES 

• TIADA SLS 

Dah berminat nak cuba? Boleh dapatkan info lebih detail mengenai produk di www.azymacare.com atau terus klik link Nak Beli Azymacare

Selamat mencuba.

6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Banyak betul bahan dia macam chamomile, lavender, lidah buaya. Pasti buat kulit kita terjaga kan?. Tiada parabens, sls dan sles juga....Menarik!

    BalasPadam
  2. Menarik ye bahan2 dia tu..utk org berkulit sensitif pun sesuai ni..

    BalasPadam
  3. Hartu Sis beli mandian dia, nanti nak try pulaklah yang pencuci muka plak, nampak ramai review kata bagus..

    BalasPadam
  4. Tengok ingredients tu semua bagus untuk kulit kita. Nanti nak cari pencuci Azyma Care. Kita cari kat Shopee sajoooo. Hehe

    BalasPadam
  5. Ramai review bagus product ni, xde sle n sls memang bagus untuk kulit. Nanti boleh masuk list.

    BalasPadam
  6. Jenama Azyma ni kita pernah dengar ramai orang guna dan bagus kita pun rasa nak cuba dari bahan berkualiti dan terbaik tuk kulit...

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama