Prioritas kewangan bila terima gaji

Aku terbaca perkongsian ni di Facebook Azizul Azli Ahmad dan terus terasa topik ni perlu aku kongsikan di blog. Isu yang rasanya ramai dari kita pernah terdengar rakan bercerita. Ataupun terjadi pada diri dan keluarga sendiri. Serba salah rakan kita tu nak ambil tindakan. Kita pun serba salah nak bagi pendapat bila masalah melibatkan ahli keluarga.

Nak minta suruh bayar dah tak mampu disebabkan hutang sediaada. Dan ada kes, sengaja tak nak bayar dengan harapan... takpe nanti menantu aku akan bayar sebab kereta tu nama dia. Tapi mertua tu tak tahu baget bulanan menantu dia paras mana. Nampak cukup di mata dia tapi hakikatnya hujung bulan ngam-ngam je. 

Pusing kot mana pun akan jadi serba tak kena. Bermasam muka. Rosak hubungan kekeluargaan. Perkongsian ini boleh dijadikan panduan sebelum bersetuju untuk menjadi penjamin.


Serba salah jadi menantu ini, tak bagi takut dituduh menantu derhaka.

"Tidak membantu mertua yang ada"

Bila bagi nanti, tak bayar maka akan rosak hubungan antara anak, mertua dan menantu jika tak bayar kembali.

Dalam banyak kes, selalunya tidak bayar. Nak minta nanti akan keluar ayat,

"Dengan mak pun kau nak berkira ya".

Maka senyapkan lah sahaja akhirnya. Dendam dan luka simpan sampai kita tuntut di depanNya nanti.

Pandangan saya, (mungkin salah)

1. Elakkan untuk buat loan pada sesiapa pun, waima suami sendiri jika tidak ada keperluan mendesak.

2. Bila bank perlukan penjamin bermakna, orang yang nak memintak belum benar-benar layak. Siapa nak jamin?

3. Jika kita telah ada rekod kewangan buruk (blacklist, CCRIS dsb), dan kita nak buat loan lagi. Kita sedang gali lubang tanam diri makin dalam. Kita cari penjamin untuk terjun bersama-sama kita nantinya.

4. Baiki rekod kewangan, bayar hutang sediada, baru buat pinjaman. Golongan ini tak akan berubah bab disiplin kewangan. Percayalah.

Masalah perlu diselesaikan bukan cipta masalah.

5. Puan boleh pujuk suami beli rumah atas nama puan dulu sebelum buat loan kereta. Loan kereta senang lulus, loan rumah payah sikit.

6. Jika puan dah buat loan untuk mertua, peluang beli rumah akan menipis atau tak lulus.

7. Satu lagi boleh minta mak mertua ambil Takaful senilai loan kereta tadi dan Hibah kepada puan. Jika mertua meninggal boleh guna bayar baki hutang kenderaan.

Suami kena maklumkan, agar tak ada yang tuntut kereta mertua bila meninggal dunia.

8. Agar lebih terkawal, bayaran bulanan dan takaful ini adalah melalui Puan isteri, supaya isteri boleh pastikan pembayaran bulanan tiada masalah dan tetiba dapat surat amaran.

9. Pastikan juga loan kenderaan sekitar 5 tahun dan bukan 9 tahun. Orang bila tahun ke 5 dah mula bosan dengan kenderaan itu. Biasanya mereka juga akan mula 'bosan' membayar, apatah lagi bayar pada menantu bukan bank.

10. Suami wajib ada takaful, dan hibah kepada isteri. Jika dia meninggal dulu ada pampasan nak bayar hutang kereta tersebut.

11. Minta juga suami buat perjanjian tentang harta sepencarian, kalau berlaku perceraian boleh jual kereta tersebut dan harta sepencarian yang ada untuk lunas baki hutang.

12. Semua ini manisnya ada hitam putih agar terjadi penceraian atau kematian, kita boleh buktikan.

Selagi sayang semua manis manis aja. Tunggulah bila datangnya bencana, semuanya hilang dibawa oleh kabus senja sahaja.

Azizul Azli Ahmad

#JanganSusahkanAnakMenantuKitaDemiGaya

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama