Pencuci muka Azyma Care Clay Soap-Free Purifying Gel

Baru-baru ni aku ternampak di Facebook dan Instagram AzymaCare, mereka bakal ada produk baru iaitu pencuci muka. Sabar aku menanti produk tu muncul dipasaran. 

Teruja rasa nak guna sebab sebelum ni memang aku guna Clay Body Wash AzymaCare yang multipurpose manfaatnya pada kulit. 

Kulit wajah aku jenis sensitif. Tersalah guna pencuci muka, kulit akan jadi kering, tegang dan timbul alahan. Jadi memang aku amat berhati-hati memilih pencuci muka. 



Kali pertama guna pencuci muka AzymaCare Clay “Soap-Free Purifying Gel” terus aku jatuh suka. Bau Citrus yang lembut, menenangkan dan senang dibilas. Lepas bilas kulit wajah terasa bersih dan lembap. 

Sebab ada sesetengah pencuci muka, bila dah bilas, muka masih terasa tak bersih. Bilas dan bilas tetap ada lapisan tak selesa tu. Dan aku tak suka rasa macam tu. Bila tak suka, aku akan berhenti pakai. 

Untuk pencuci muka, selain masih mengekalkan 5 bahan utama iaitu Koalin Clay, Lavender, Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile, AzymaCare telah menambah 2 bahan aktif semulajadi iaitu Royal Jelly dan Bee Propolis khusus untuk kulit wajah. 

Antara manfaat Royal Jelly dan Bee Propolis untuk kulit wajah

Royal Jelly mengandungi antioksidan yang melawan tanda-tanda penuaan. Mampu meremajakan kulit, mengetatkan liang, ia juga menghilangkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan memberikan sinaran yang sihat kepada kulit anda. 

Selain untuk kecantikan kulit, Royal Jelly juga berkesan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat. Ia mengandungi sifat anti-radang yang mengurangkan keradangan, menghilangkan bakteria, dan membaiki kulit. 

Manakala antara manfaat Bee Propolis dapat menenangkan kulit sensitif, melembap dan melembutkan serta mampu mengawal pengeluran minyak berlebihan di wajah. 


Basahkan wajah. Picit sedikit pencuci muka ke tapak tangan. Tak perlu tambah air. Cukup sekadar basahkan tapak tangan. Buihkan dan ratakan ke wajah. Urut lembut ke seluruh wajah. Bayangkan segala nutrisi sedang meresap masuk. Bilas. 

Selepas beberapa hari aku guna pencuci muka 2 kali sehari, kulit wajah kurang berminyak, tak kering dan wajah kekal lembap. Tiada sebarang alahan yang timbul. Alhamdulillah. Serasi dengan aku. 

Produk ini telah mendapat Sijil HALAL , Dermatologist Tested dan Hypoallergenic. 

• TIADA PARABENS 

• TIADA SLES 

• TIADA SLS 

Berminat nak beli, boleh ke www.azymacare.com untuk dapatkan detail produk. Untung nasib dapat beli dengan harga kombo istimewa. Poket jimat, wajah sihat dan berseri. 

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Nina pun dah cuba pencuci muka Azyma kak. Best memang best! Lembut lembab jer kulit muka kannn

    BalasPadam
  2. Bagus la.. Nk try la nnti.. Mcm best

    BalasPadam
  3. Product selamat, diyakini fan berkualiti. Paling penting ia wangi dan menenangkan. Kulit lembab dan selesa. Memang tak rugi beli.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama