Seingat aku, anak yang sulung dapat pegang handphone bila dia dah habis sekolah menengah. Bila tengok kawan-kawan ada handphone dan tablet, dia teruja nak ada satu dan tanya, kenapa mama dan abah tak benarkan.
Sebab beberapa tahun yang lalu, handphone bukanlah satu keperluan untuk anak yang masih bersekolah. Memiliki handphone pada masa itu pada pendapat aku lebih kepada satu trendy. Terikut-ikut. Dan tujuannya hanya untuk main game, tonton movie dan layan Youtube.
Masa lapang anak sebenarnya boleh di isi dengan membaca komik, novel, majalah, permainan Saidina, Sahibba, Badminton, Lompat Tali, Congkak dan lain-lain. Paling tidak mereka layan program di television.
Aku tak bagi sebab banyak kesan buruk dari baik bila anak dah asyik dengan handphone. Percayalah, sebagai ibubapa kita mampu kawal tabiat ketagih handphone. Jangan mula beri terutama untuk anak berumur 2 tahun ke bawah.
Namun sejak pendamik Covid19 melanda dan PdPR diguna pakai sebagai medium pembelajaran, aku terpaksa benarkan anak guna handphone, tablet dan laptop.
Guna gadget secara bergilir. Kalau akak dan abang guna laptop dan tablet, Hud akan guna handphone aku. Dan bila dah setiap hari mata terdedah dengan cahaya biru dari skrin gajet, aku dapatkan Cermin Mata Anti Blue Light khas untuk kanak-kanak dari OPTOM Eyecare, Bangi.
Antara keistimewaan Cermin Mata Kanak-kanak Anti Blue Light
OPTOM EYECARE
Melindungi Mata Anak dari Bahaya Cahaya Biru
Cermin mata kanak-kanak OPTOM mampu mengurangkan keletihan mata dan melindungi mata dari cahaya biru yang berisiko tinggi menjadi punca kerosakan mata. Terutama dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.
Pelbagai Pilihan Menarik
Terdapat banyak pilihan warna dan design bingkai cermin mata yang menarik untuk dipilih mengikut citarasa anak-anak. Warna dan design cermin mata yang menarik pastinya akan membuat anak lebih teruja untuk memakainya.
Ringan dan Selesa Dipakai
Cermin mata OPTOM direka dengan material yang ringan agar anak-anak selesa memakainya dan dapat menjadikan pemakaian cermin mata ini sebagai habit setiap kali menggunakan gajet, laptop atau ketika menonton tv.
Bingkai Cermin yang Flexible
Rekabentuk bingkai dan tangkai yang mudah lentur amat bersesuaian dengan sifat anak-anak yang aktif dan lasak. Taklah kita rasa risau cermin mata tu patah dan sebagainya.
Rekaan Fitting Frame-Face
Cermin mata untuk kanak-kanak ini juga menggunakan rekaan fitting frame-face agar cermin mata tidak mudah tertanggal ketika anak melakukan aktiviti lasak.
Nak dapatkan cermin mata ni? Layari media sosial Optom Eyecare untuk maklumat lanjut.
Instagram : https://www.instagram.com/optombangi
Facebook : https://www.facebook.com/optombangi/
Wow. That boy is a model. Eh lari tajuk. Rawlins rasa nak kena lawat gak OPTOM nie sebab lama sangat dah WFH dan kerap online. Huhu
BalasPadambudak-budak sekarang banyak guna bajet, pdpr ni lagilah banyak kena mengadap skrin. bagus juga sediakan cermin mata khas macam ni untuk mereka :)
BalasPadamBagus ni utk anak. Maklum la zaman skrg anak2 mmg banyak masa dpn laptop kannn so kena jaga mata
BalasPadammemang nak cari.. memandangkan skrg byk sgt kelas pdpr. banyak guna skrin
BalasPadamBab gadget ni takleh nak elak dah kan kak. Kelas PdPR siang dan petang. Main game weekend. Hahaha. Saya cuma gantikan telefon pintar punya screen protector anti blue light. Sebab fungsi anti blue light di henfon mereka pandai dah ejas. Haha. Nanti nak cuba pakai spek ni. Kita sebagai ibu bapa memang kena cuba memacam. Demi anak-anak.
BalasPadamMarina pon ada beli untuk anak-anak cermin mata ni. Musim pandemik ni selalu ngadap henfon je
BalasPadamMemang kena ada ni, anak sedara pun Mama dia dah belikan sorang satu, lagi tengah PdPR ni, makin menjadi-jadi tenung hp dan laptop kann...
BalasPadamTak ada pilihan.PDPR buat anak-anak banyak terdedah dengan Skrin. Macam nak kena beli juga cwrmin mata ni.
BalasPadamBagus ni, i think i need a new pair of glasses that has Anti-Blue Light.
BalasPadamIya setuju. Di masa sekarang kita harus berdama dengan keadaan. Tak bisa larang anak/ponakan untuk tak kenal handpone lagi. Apalagi di masa pandemi ini, masing-masing ponakan punya tablet sendri untuk learning online from school. Mengatasi mata supaya tak cepat rusak ya kacamata anti blue light ini. Bukan cuma untuk anak sik, kita yang dewasa juga butuh. im glasses girl since college, jadi emang ini kacamata butuh banget juga.
BalasPadamStyle cermin mata bebudak sekarang. Banyak pilihan.
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!