Tips mengurangkan morning sickness

Bila terbaca penulisan dr ni, terus terflash back semula saat aku alami 'morning sickness'. Ada yang cakap ini penyakit mengada-ngada. Orang lain elok je. No. Itu bukan mengada-ngada tapi inilah ujian seorang ibu mengandung. Setiap orang berbeza ujiannya. 

Apa yang aku makan dan minum, keluar balik. Bau shower cream kegemaran pun aku boleh suruh suami aku tukar dan cari bau lain. Boleh pula aku loya dengan bau tersebut.

Aku punya tahap loya sampai akhirnya kena masuk wad dan drip. Pakar sakit puan cadangkan aku cuba minum air 100 plus setiap kali selepas makan. Minum sikit-sikit. 

"100plus Dr? Tak tajam ke air gas tu semua untuk kandungan?" Pertanyaan mitos aku sebab aku memang tak suka air gas. 

Dan hasil percubaan pertama aku ketika makan bihun sup, sukses! Aku berjaya kawal rasa loya. Lega rasanya dapat sendawa selepas minum 100plus. Bila rasa loya aku semakin hilang, aku tukar dari 100plus ke air soya dan air laici. Dan mesti ada ais kuib.

Dan selepas 3 bulan, kehidupan aku dah kembali normal. Semua makanan, bauan dah boleh aku terima seperti sediakala. Aku dah boleh masak untuk keluarga. Berbeza dengan 3 bulan pertama dulu, dapur pun aku tak nak jejak. 

Berikut aku sertakan tips daripada Dr. Muhammat Izzat. Dan aku memang amalkan beberapa tips yang disenaraikan. Semoga dapat membantu korang menghadapi 'all-day sickness.'

💪Makan dan minum dalam kuantiti yang sikit, tapi kerap. Kalau dapat makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sikit boleh memastikan kekal terhidrat dan nutrisi untuk ibu terjaga

💪Bangun pagi tu, sebelum gosok gigi, makan biskut cracker kering beberapa keping, rehat jap 15 minit, sebelum pegi mandi.

Jangan lupa gosok gigi pastu, kang lari plak encik suami. 🤓

💪Makan bila masa teringin nak makan, apa jenis makanan pun tak kesah

💪Elakkan makan makanan yang berminyak, pedas, dan bergoreng

💪Elakkan makanan yang boleh menambahkan loya anda

💪Elakkan dari minum banyak air semasa sedang makan, atau sejurus sahaja selepas makan

💪Minum air atau minuman di pertengahan makanan - macam sedang tunggu untuk lunch atau dinner untuk mengurangkan muntah

💪Amalkan makanan atau minuman yang ada halia di dalamnya - kajian menunjukkan ianya efektif dalam mengurangkan morning sickness.

Akhir sekali, dapatkan udara yang segar, dan sokongan dari sahabat handai dan ahli keluarga.

Nama je “morning sickness”, tapi kalau nak muntah tu tak kira masa

Lebih sesuai namanya jadi “all-day sickness”

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Memang seksa morning sickness ni. Huru hara hidup kannnn

    BalasPadam
  2. oooo..macm tu erk nak elakkan morning sickness..kadang kita tidur je dulu

    BalasPadam

Catat Komen

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Lebih baharu Lebih lama