Kisah kegigihan sepasang suami isteri 'orang kita' sebenarnya tetapi perniagaan mereka dah lama terkenal di peringkat antarabangsa, cuma kita saja yang tak tahu.
Begini, rasanya korang mungkin pernah dengar Hotel Holiday Villa bukan? Hotel Holiday Villa kini dah berjumlah 30 buah dan telah dibuka di 12 buah negara di seluruh dunia.
Selain Malaysia, mereka telah beroperasi di Indonesia, Cambodia, Vietnam, China, Qatar, Sudan, Bahrain, Saudi Arabia, Peranchis, United Kingdom dan Switzerland.
Mungkin kita ingat Holiday Villa merupakan sebuah rangkaian hotel antarabangsa yang dimiliki pengusaha Barat bukan? Salah.
Pengasas dan pemiliknya adalah anak Melayu yang bernama Azman Shah Harun! Kisah ini aku tahu sewaktu menginap di Hotel Holiday Villa Bali tahun lalu.
Seksanya juga nak cari hotel yang serve halal food kat Kuta tu sehinggalah ada orang local yang recommend hotel ni - rupanya milik orang Melayu kita sendiri.
Pada tahun 1987, Azman dan isteri kesayangannya, Marvis Masri membuka hotel pertama mereka di Cherating, Pahang.
Dari situ Azman dan Marvis tidak lagi menoleh ke belakang. Mereka mula mengorak langkah membuka lebih banyak hotel, dari satu kawasan ke satu kawasan, dari tanah air ke bumi Asia Tenggara, dari bumi Asia Tenggara ke rantau Timur Tengah hinggalah ke Eropah!
Dalam diam, mereka kini adalah 'taukeh' kepada lebih 5,000 pekerja yang datang dari pelbagai negara di dunia.
Kesemua hotel mereka sama ada di dalam mahupun di luar negara menghidangkan makanan halal.
Kedua-dua suami isteri ini sebenarnya bukan pendatang baru dalam bidang perhotelan.
Azman dan Marvis berkelulusan dalam bidang perhotelan dari luar negara dan telah berkecimpung dalam industri ini telah lama sebelum mengambil keputusan untuk membuka hotel mereka sendiri.
Aku ada terbaca pengalaman sahabat aku, saudara Azmil Abrar ketika berpeluang berbual dengan Azman tidak lama dulu. Ini aku petik daripada catatan Azmil.
Antara cabaran yang dilalui Azman adalah mendapatkan modal ketika mula - mula berniaga, kerenah birokrasi, samseng, kerenah pelanggan dan menariknya cabaran dengan penduduk setempat.
Rupanya ada juga kes di mana ketika mula - mula buka hotel di sebuah kawasan, ada penduduk tempatan yang tidak senang dan mula menganggu bisnes.
Mengenai kerenah pelanggan juga pelbagai cerita yang mencuit hati.
"Kadang - kadang ada pelanggan ni berada, tetapi ada habit suka bawa balik souvenir. Tuala, pinggan mangkuk, garpu sudu tu biasa jadi sasaran.
"Buka bisnes ini juga memerlukan pengorbanan. Waktu tahun- tahun pertama buka hotel, saya tak balik rumah. Saya tidur hotel. Kerana saya kerja 16 jam sehari, 7 hari seminggu. By the time saya habis kerja saya dah kepenatan dan terus tidur.
"Penting untuk mendapat pasangan yang memahami. Syukur isteri saya juga ada minat bidang yang sama."
Pesanan paling utama yang diulang Azman adalah beberapa kali adalah pentingnya mempunyai business partner yang dipercayai.
Berapa banyak bisnes yang gagal disebabkan partner yang pecah amanah dan langgar janji.
"Orang kata kawan waktu susah payah nak cari, waktu senang ramai. Tapi untuk partner bisnes ini lain sikit. Time susah kita boleh harungi bersama, tetapi bila dah senang, ramai lupa diri dan langgar segala perjanjian yang ada," pesan Azman lagi.
Syabas Tan Sri Azman Shah dan Puan Seri Marvis Masri yang 'humble' dan 'low profile' - SALUTE!
Sumber asal artikel daripada wartawan Syahril A.Kadir. Aku abadikan karya beliau di blog untuk tatapan anak, rakan anak dan semoga menjadi inspirasi.
Catat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!