Solat terawih dibenarkan secara berjemaah di masjid/surau dan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Aku setuju je Penang masih dikekalkan PKPB memandangkan setiap hari, kes baharu masih 3 angka dan kluster sediaada pun banyak yang belum tamat. 

Hidup aku dalam dilema setiap kali aku hantar Hud ke sekolah. Melihat dia berjalan masuk dan beratur menunggu giliran untuk scan suhu, aku hanya mampu berdoa semoga Allah pelihara mereka semua dari terkena musibah Covid19.

Bulan April nanti makin bertambah kebimbangan aku sebab anak yang sekolah menengah akan mula ke sekolah semula. 

Setiap hari di group WhatsApp sekolah, guru besar gigih berkongsi peringatan, apa yang perlu dibuat sekiranya ada ahli keluarga kena swap test dan kuarantin. 

Dalam kita semua bimbang, pengumuman terkini buat aku tersenyum bila terdengar solat terawih dibenarkan (tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri)

Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri DIBENARKAN BEROPERASI di seluruh negara dengan yang SOP ketat

Bazar Ramadhan pun dibenarkan tapi bagi akulah, biarlah sorang dua wakil daripada keluarga yang keluar membeli juadah. Tak perlu bawa satu family terutama anak kecil.

Tolong ada rasa simpati kepada mereka yang berniaga di bazar. Cukup tercetus 1 kes, habis satu bazar terkesan.

Panjang pula mukadimah aku. Berikut aku sertakan ringkasan dari sidang media hari ini. 

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) 16 Mac 2021.

🔴 Negeri dan Wilayah yang BERTUKAR STATUS daripada PKPB kepada PKPP adalah Kedah (Kecuali Kuala Muda dan Kulim PKPB), Seluruh Negeri Perak dan Negeri Sembilan (Kecuali Seremban PKPB) berkuatkuasa 19 Mac sehingga 31 Mac 2021

🔴 Negeri dan Wilayah yang DIKEKALKAN status PKPB iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2021 manakala Sarawak bermula 16 Mac sehingga 29 Mac 2021

🔴 Negeri/Wilayah yang berstatus KEKAL PKPP adalah Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, WP Putrajaya, WP Labuan, Sabah (Kecuali Nabawan, PKP) bermula 19 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021.

🔴 Rentas daerah DIBENARKAN di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak 

🔴Rentas negeri MASIH TIDAK DIBENARKAN kecuali bagi aktiviti pelancongan sahaja melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

🔴 Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri DIBENARKAN BEROPERASI di seluruh negara dengan yang SOP ketat. Layari laman sesawang MKN untuk maklumat lanjut. 

🔴Solat terawih dibenarkan secara berjemaah di masjid/surau dan jumlah kehadiran jemaah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Dato Sri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Pertahanan
16 Mac 2021.

1 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama